April 10, 2008

PeRinGataN BuaT DiRiKu....

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH..

~Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumahtangga.Tiada siapapun boleh menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri.

~Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami.

~Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga.Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya.Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami,sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri.

~Bijaksana mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya.Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuanya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami.

~Sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami,sama ada dengan tingkah laku yang menawan,tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.

~Berusaha menambah ilmu pengetahuan dan mempertingkatkan nilai-nilai akhlak yang murni supaya sejajar dengan petunjuk yang diarahkan oleh Islam mengenai sahsiah seorang isteri yang seharusnya dipilih orang suami.

~Mempunyai sifat redha,yakin diri serta tawakal kepada Allah untuk menghadapi sebarang masalah dan cabaran hidup berkeluarga.Setiap orang hendaklah menyedari hakikat bahawa tiada seorang pun yang cukup sempurna dalam segala aspek.Oleh kerana itu kita perlu berusaha memperbetulkannnya dan menyelesaikannya.

~Membantu dan menolong suaminya agar menjadi anak yang sedia berbaktik kepada kedua-dua ibu bapanya,lebih-lebih lagi ibunya yang telah lanjut usia,uzur dan miskin kerana tanggungjawab anak lelaki lebih berat dan lebih utama terhadap kedua-dua ibu bapanya.

~Bersedia menjadi penyokong kuat kepada perjuangan suaminya iaitu perjuangan yang tidak menyimpang dari garis-garis yang dibenarkan oleh Islam.

~Berusaha menjadi ibu yang baik,bertanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anaknya menjadi baik dan dapat melaksanakan hukum hakam agama,berakhlak mulia hingga menjadi teladan kepada orang ramai.

Inilah sebahagian daripada sahsiah isteri yang seharusnya ada pada setiap wanita untuk mencapai kesempurnaan hidup berkeluarga dan mendapat keredhaan Allah yang diharapkan oleh setiap suami seperti doa Nabi Daud a.s :-

"Ya Allah,aku mohon kepada-Mu dikurniakan seorang isteri yang solehah,yang dapat membantuku menyelesaikan urusan duniaku dan urusan akhiratku.."

April 8, 2008

DouBle ChoCo DouGhnUt

Double choco doughnut... Buat tuk tea-time.
sumber resipi dari Yani. Thank you...

April 5, 2008

KeRanG n SamBal CuKa

Bahan-bahan
  • 2 kg kerang, cuci bersih dan toskan
  • 3 ulas bawang merah kecil*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1 cm halia*(*dihiris halus)
  • BAHAN2 SAMBAL CUKA:-
  • 3 - 4 batang cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 7- 8 camca besar gula
  • 50 ml cuka makan
  • 1/3 camca teh garam

Cara-cara

  1. Tumis bahan2 hiris dalam kuali menggunakan 1 camca besar minyak masak hingga wangi. Masukkan kerang dan 1/2 camca teh garam. Gaul hingga rata. Tuang 1/2 cawan air dan tutup permukaan kuali. Masak dgn api sederhana besar kurang lebih 10 - 15 minit atau hingga kerang betul2 masak. (Bila kopek dia mudah terbuka).
  2. UNTUK SAMBAL CUKA:- Tumbuk kesemua bahan utk sambal, kecuali cuka dan gula. Bila lada hampir lumat, masukkan gula dan terus menumbuk hingga lumat. Tuang cuka dan kacau hingga sebati. Rasa dan jika kurang masin atau manis boleh tambah lagi gula/garam.

Step_by_step_194
resipi dari : Mat Gebu

SeConD ChilD SynDromE

Would this be true????? ------>>>The middle or second born child or children often have the sense of not belonging. They fight to receive attention from parents and others because they feel many times they are being ignored or dubbed off as being the same as another sibling. Being in the middle a child can feel insecure. The middle child often lacks drive and looks for direction from the first born child. Sometimes a middle child feels out of place because they are not over achievers and like to go with the flow of things.

Being a middle child would mean they are loners. They really don’t like to latch on to a person in a relationship, there fore they have trouble keeping one due to lack of interest. Not liking to take the limelight for anything, they are not over achievers and just simply work enough work to get by, and typically that goes with school as well as a career. They are however very artistic and creative. If forced to use abilities they will work well, but do not work well under pressure. They often start several projects but rarely keep focused long enough to finish a project. The best career move for a middle child would be along the lines of using their creative. Going into a writing or journalism career, and into a career that they could freely express themselves would be good. Anything that would have hours that are flexible, and projects that frequently changed would be good for a middle born child. Since relationships are not of high importance to a middle child, often times they are alone. However, the best possible match for a middle child would be a last born.

Whatever it is, I'm proud to be who I am now... Thanks to all the people around me, especially Mama, Chu, Ajam and Tini. Also, to Gendy and my baby Com...
Love u guys...

TePunG PeliTa

Bahan-bahannya:

Gula pasir secukupnya

Acuan

Bahan utk lapisan hijau:

1 cawan tepung beras

5 cawan air daun pandan

½ sudu teh kapur

Bahan utk kepala santan:

1 cawan tepung beras

6 cawan santan kelapa

Secubit garam

Cara membuatnya:

Tuangkn lebih kurang 2 sudu the paras, gula pasir ke dlm tiap acuan

Bancuhkn bersama tepung beras & air daun pandan serta kapur sehingga sebati. Setelah itu masak sehingga pekat & berkilat. Kemudian tuang ke dlm acuan.

Bancuh tepung beras dgn pati santan serta secubit garam. Masak sambil dikacu hingga pekat. Kemudian tunag ke dlm acuan

PooH CooKie CuTTer

Thank you, sis for buying the Pooh Cookie cutter from Langkawi (comel kan cookie cutter tu.... ). Dok ingat nak beli cookie cutter tu online. Nasib baik tak beli lagi. She bought it for RM15. Yg kat online tu, RM20. Tak termasuk chargers for delivery pulak tu. Cik Lin kita beli Mickey and Minnie cookie cutter. Nanti kita boleh tukar2 yea...
Looking forward for next Saturday.... nak try buat Butter Cookie and pakai cookie cutter - Pooh and Tigger. Pasti comel kan.....

- Pooh Cookie Cutter -

-Mickey and Minnie Cookie Cutter-

BiRtHdaY BasH

Planning for Birthday Bash for April Babies... i.e. My Beloved Mother, Mak Ngah, Lisa, Danial and Shamam( Tini's guidance angel). Finally decided ...

Date : April 27th, 2008 (Sunday)
Location : Kg Baru
Time : Lunch (exact time... TBA)
Food : Pot-luck yea... hehehehehehe

Tak sabar rasa nye... This would be the time for the family to gather and enjoy time with each other.