August 29, 2008

BlueBerry CheeseCake

Blueberry Cheesecake for sale... Anyone??
9'' size cake
Interested ??
Contact daybab tau...

MerDeKa... MerDeKa.. MerDeKa...


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51, Malaysia ku tercinta!!!

RaMadHan


Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua Muslimin dan Muslimat...
" ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..... "

August 26, 2008

My Next ProJect....

My next project sebelum puasa... nak buat Baklava!!!

August 18, 2008

WeddiNg CaRd...

Any comment for this wedding card..?? Lain dari yg biasakan....

source : TheKadKahwin

I Finally Found Someone.....

I finally found someone
That knocks me off my feet
I finally found the one
That makes me feel complete
It started over coffe
We strated out as friends
It's funny how from simple things
The best things begin

This time is different
And it's all because of you
It's better than it's ever been
'Cause we can talk it though
My favouite line was
"Can I call you sometime"
It's all you had to say
To take my breath away

This is it, oh I finally found someone
Someone to share my life
I finally found the one
To be with every night
'Cause whatever I do
It's just got to be you
My life has just begun
I finally found someone

Did I keep you waiting?
I didn't mind I apologise, baby that's fine
I would wait forever just to know you were mine

You know I love your hair
Are you sure it looks right?
I love what you wear
Isn't it too tight?
You're exceptional
I can't wait for the rest of my life

This is it, oh I finally found someone
Someone to share my life
I finally found the one
To be with every night
'Cause whatever I do
It's just got to be you
My life has just begun
I finally found someone
And whatever I do
It's just got to be you
My life has just begun
I finally found someone

Tetiba teringat lagu nie... lagu yang dinyayikan oleh Bryan Adams and Barbara Streisand. Masa tu tengah tengok one of the movie kat Astro. Heroin nye Barbara Streisand.... Simpan tuk rujukan sendiri.... wakakakakakakaka

August 14, 2008

PeTua MenCuCi HaTi...

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini adabeberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allahjadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelumtidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disampingdosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita danmencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkanjiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah"Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku,cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif,positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapatdirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Tips dari Dr. Fadzilah Kamsah....

BACA DAN AMALKAN....INYSHA ALLAH
Message Dr. Fadzilah Kamsah's cerita pasal Didik Anak

Assalammualaikum... Masa saya kecik2 dulu, mak selalu sangat suruh saya habiskan belen2 nasiYg dia makan ... Dan pagi2 sebelum GI sekolah, mak akan tuangkan air teh Utk saya minum dlm cawan yg dia dah minum sebelum TU Dan cam biasa,Mesti Ada sikit belen ... Tapi taklah everytime... Secara puratanya Seminggu sekali mesti Ada mak suruh buat cam gitu Dan sampailah saya dahBesar panjang nie pon situasi in still berjalan

Either belen makanan mak atau abah ... Tapi kalo belen makanan anak2 Memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah utk habiskan... KamiKena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yg lain

Samada kami perasan atau tidak..., so satu Hari TU tergerak nak tanya Pasal isu in kat mak ...akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely Dia buat cam gitu sebab itu petua yg dia dapat Dr arwah mak mentua dia Sendiri ... Arwah tok pompuan kami lah sebelah abah ... Mak kata, supaya Hati anak2 sentiasa melekat kat mak bapak... Dan saya sendiri akui Kesannya ... Makin umur Kita meningkat, hati Kita senantiasa belas Tengok mak bapak Kita yg makin tua TU.. Kalo kena marah ke kena tengking Ke memang kami adik beradik diam membisu jer lah namanya nak menjawab Balik memang tak dak w'pon Kita tau yg Kita betul Dan mak pesan, dah Ada Anak sendiri esok ... Jgn sekali2 makan lebihan makanan anak ...Samalah ceritanya .. Dan mak kata jugak, pagi2 jumaat masa dia bancuh Air utk kami semua, dia akan selawat 3 x Dan berdoa semoga kami selamatPergi Dan selamat balik ..Dan guru saya pesan, antara kesan terbesar Bagi ibu bapa yg tidak menunaikan solat maghrib ialah, mereka2 ini akanAllah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ...

Solat berjemaahlah dgn anak2 tiap kali waktu maghrib ... Kalau Ada lebih Dr sorang anak, suruh sorang azan Dan sorang qiam ... Kemudian berganti2 Bacakan DOA lepas solat... Ini yg kami sekeluarga amalkan sampaiSekarang... Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat Jamaah maghrib dgn mak abah secara pratiknya, inilah yg paling paling Paling berkesan sekali ... Tak caya try buat .. Solat jamaah dgn anak2 Tiap kali maghrib ... Dapat semua waktu lagi baik ...

Sangat besar 'rahsia' Dan peranan dapur rupa2nya...Dan jugak kesan Solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib. "Apabila Kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila Kita kejar Akhirat, dunia akan mengejar Kita".

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudahTerlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind Each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mentionThat all those who listen to him on shall pass on his words to others,And those to others again; and may the last ones understand his words Better than those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses.

RahSia BuLan KeLaHiraN...

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.

* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik
Sumber dari :
Dr. Fadzilah Kamsah

August 13, 2008

Alhamdulilah...

Alhamdulilah semua nye telah selesai... Satu pengajaran paling berharga... "Jangan Trust Orang Lain". Tengok, sapa yang susah.
Laporan polis telah dibuat ke atas kehilangan dokumen dan telah menyusahkan banyak pihak.
Thanks all...

August 12, 2008

Al-Fatihah...

Al-Fatihah
الفاتحة
Al-Fatihah buat Mak Lat yang telah kembali ke-rahmatullah. Semoga roh nye tergolong ke dalam golongan orang-orang yang beriman.
Amin.

August 8, 2008

I've Been Tagged.... AGAIN!!!

13 random things you love: (in no particular order)
1.my family
2.my chom-chom...(my cat, my son)
3.my hubby to be
4.my bantal busyuk
5.my friends (which hard to maintain... heheheheh... sorry friends)
6.my bed
7.my novels (ada yg hilang... entah ke mana... huk.. huk.. huk..)
8.dating... wakakakakaka
9.makan time
10.watching movies
11.menyakat orang... hehehehehe
12.chocolate
13.tido... Zzzzzzzzz!!!

12 movies you like: (in no particular order)
1.The Notebook (i like the novel version better)
2. Pretty Woman
3.Harry Potter

4.Sound of Music
5.Jurassic Park
6.Chocolat
7.Kuch Kuch Ho Ta Hai (do i get the spelling right)
8.Khabi Kuchi Khabi Gham (again... hope the spelling right)
9.Ayat-Ayat Cinta (tapi....baca novel lagi best)
10.Ada Apa Dengan Cinta
11. E.T.
12.Star Wars

11 Band/Artists: (in no particular order)
1.Dewa 19
2.Anuar Zain
3.Sheila On7
4.Sheila Majid
5.Peter Pan
6.Ungu
7.Micheal Buble
8.Kris Dayanti
9.Beetles
10.Celine Dion
11.U2

10 things about you physically and personality wise:
1.DEBAB... wakakakakakaka
2.Banyak Taik Lalat... busyuk nyeeeee
3.Tudungan
4.Tak putih.. tak gelap
5.Sensitif
6.Suka gelak
7.Tapak kaki besar macam kapal
8.Suka senyum... senyum kan satu sedekah :-)
9.Tak suka.. Cakap. Jangan simpan-simpan
10.Sabar selagi boleh sabar... Pastu meletup... "BooooMMM".

9 songs for your wedding: (in no particular order)
1.Sempurna - Andra & The Back Bone
2.Dewi - Dewa 19
3.All My Life - KC and Jojo
4.Come Away With Me - Norah Jones
5.Beautiful Day - U2
6.When You Say Nothing At All - Ronan Keating
7.Forever and For Always. Shania Twain
8.How Sweet It Is To Be Loved By You - James Taylor
9.Because you Loved me - Celine Dion

8 fav drinks/food: (in no particular order)
1.ABC
2.Koew Teow Goreng
3.Putu Bambu - kat Jalan Raja Alang... Thats the best!!
4.Sate Minang
5.Tom Yam
6.Dim Sum
7.Soto
8.Nasi Ayam

7 things you always wear:
1.Deodrant
2.Talc
3.Magic Lotion
4.Clothes
5.Wrist watch
6.Lingerie
7.Engagement ring

6 pet peeves : (in no particular order)
1.Rude driver
2.People who spits everywhere
3.Everything about CT Nurhaliza... wakakakaka
4.Goodie-goodie attitude
5.I know everything attitude
6.Snobbish people

5 things you touch everyday: (in no particular order)
1.Chom-Chom - my cat, my son
2.My handphone
3.My comb
4.Toothbrush
5.Fridge - for what??? Food laahhhh..

4 shows you watch: (in no particular order)
1.Sugar - cooking show
2.Intan - hehehehehe, Indonesian sinetron
3.Oprah Winfrey Show
4. Martha Stewart Show

3 celebrities:
For what? My favorite?
1.Julia Roberts
2.Richard Gere
3.Tom Cruise

2 current wishes:
1.MIgrate to Australia
2.To have lots of money - to payoff my debts, wedding, vacation and so on....

1 person you could spend the rest of your life with:
1. Brad Pitt... wakakakakaka... mana nak dapat, of course ler my future hubby..Onassis Bin Kassim.. peeewwwwiiittt.

5th Year...

Today is our 5th Year together....

August 7, 2008

FloWer GiRL....

Flower girl... Pakai dress atau baju kurung..?? Apa kata survey...!!!???
- Dress -

-Baju Kurung -

Ada OranG BiKin PanAs...

Ada orang bikin gwe panas... Mangkuk betuiiilll ler mamat tu. Sabar aje ler. Gwe kena control emosi dan sentiasa tersenyum.

August 6, 2008

YanG MaNa SaTu....

Wedding cake atau pulut kuning...?? Yang mana satu yea....
Apa kata anda... ???
- Wedding Cake -

- Pulut Kuning -

August 5, 2008

Bagaimana Untuk Menggembirakan Hati Yang Sengsara, Sedih dan Kecewa...


Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental Anda, emosi Anda, kesabaran Anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.

Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan...

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau.
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta.

Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur.
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf.
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun... Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa.
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari "funny side" dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on...

6. Ubah Fikiran.
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti 'Keras'.
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

-Jumpa tips ni kat FP MamaFaMi.. ..Trima kasih di atas kesudian berkongsi tips yang bagus ni... Untuk panduan diri sendiri sungguh baguuiihhhh...

"TIPS UNTUK MENGAWAL EMOSI ANDA"

1. selalu berfikiran positif,dan logik.
2. selalu menenangkan fikiran daripada diganggu.
3. selalu memberikan senyuman terhadap orang lain walaupun menerima sebarang respon .
4. membaca petikan, kata-kata, cogankata,peribahasa dan lain yang boleh memotivasikan diri.

5. sentiasa memaafkan orang lain.
6. selalu berdoa.
7. elakkan dari hidup yang sentiasa tertekan.
8. selalu bersenam.
9. elakkan dari berucap dengan nada yang tinggi.
10.mempunyai rehat yang cukup.

August 4, 2008

Kuih RaYa...

Is it too early for kuih raya...?? Hari nie dari pagi dok browsing resipi tuk kuih raya tahun nie. Memandangkan keje baru nie cuti on weekends, kira nye ada masa lerr nak buat kuih raya - homemade. Masalah besar... bakar kuih pakai microwave. Jenuh lerr nak menunggu... :-(
Antara biskut yg menarik....
- Marble shortbread-
-London Almond-

-Kuih Gunting-


-Biskut Kacang-

-Kuih Tiram-

August 1, 2008

Nam Kang - Restoran TomYam.... TerBakaR

Semalam, at about 5:20pm dapat phone call dari Tini and inform that kedai tomyam - Nam Kang yang kat sebelah rumah tu terbakar. Alahai... kedai tu dekat sangat ngan rumah. Terus packing barang and mintak permission dari boss nak balik awal.
Tak lama lepas tu, Chu call pasal hal yang sama. Kita sama-sama nak pulang ke rumah. Rasa macam nak lari aje balik umah... Nasib baik dapat teksi kat depan opis.
Sampai aje kat Jalan Tun Razak, nampak satu Bomba dah balik. Then, bila masuk Jalan Raja Uda, nampak 2 lagi Bomba berlalu pulang ngan beberapa pegawai keselamatan.
Depan rumah masih ada satu lagi Bomba. Jalan punya lerrr jam. Berlari turun dari teksi. Alhamdulilah, rumah tak ada apa-apa. Memang syukur yang amat sangat.
Nasib baik petang semalam tak ber-angin. Kalau tak.... tak tahu macam mana nak describe. Mak Long, Pak Long, Mama, K, Sofia and Sarah menyaksikan semua nya. Pasti trauma. Api yang bermula kecil, menganas hingga memhancurkan satu restoran. Berserta dengan beberapa letupan.
Akibat dari kebakaran itu, beberapa cermin kat rumah retak akibat bahang. Air-cond bilik daybab... tak leh pakai. Keluar angin panas. Kalau kena tukar compressor, lebih baik beli yang baru.
Nasib baik gak masa kebakaran tu, Chom tak main kat sebelah. Dia menyorok kat tembok rumah. Mungkin panic kot. Chester - cian pulak kat dia. Masa kebakaran, dia kat dalam rumah dia. Mesti Chester trauma tengok kebakaran tu.
Walau apa yang terjadi, Alhamdulilah... semua selamat.