December 31, 2008

Welcome.... 2009!!

Welcome ... 2009!!
Happy New Year To All!!

Tercapai Juga... Akhirnya!!

Al-kisah nye begini... Semalam DayBab cuti dan gi area Masjid India. Tengok ler apa-apa yang patut dan sekalian ambil baju kat Semua House. Setelah selesai kat Masjid India, kita ke area Ampang pulak. Ingatkan nak makan sambil melepak...
DayBab dari kemaren lagi ngidam nak makan Bakso... Bakso nye Abang Fauzy. Lokasi nye, di Taman Nirwana, Ampang. Sampai aje disana, gerobak nye tak ada disitu... HAMPA... :-(
Kami tak mahu menyerah kalah... Kita pusing-pusing dikawasan itu demi mencari Bakso Abang Fauzy!!


Alhamdulilah... pencarian kami tidak sia-sia. Akhirnya, DayBab ternampak kelibat Abang Fauzy sedang menolah gerobak kuning nye disimpang jalan. Apa lagi... Abang Fauzy kami kejar.
DayBab makan semangkuk Mee Bakso... Pastu siap tambah bebola nye aje... Ya Ampun... Enak nye!!!
** Sorry yea.. DayBab tak ada camera masa tu tuk capture gambar makan Bakso kat tepi jalan.... Kepada sesiapa yang nak try Bakso Abang Fauzy, lokasi nye dekat dengan traffic light Taman Nirwana (dekat tukang kasut). Masa : 3:30pm - 4:30pm aje...**

December 24, 2008

Happy Holidays....

Salam Maal Hijrah buat semua... Semoga tahun baru ini membawa keberkataan dan pengalaman baru buat kita semua...


Since esok cuti Christmas and Maal Hijrah on Monday, DayBab mengambil kesempatan tuk bercuti lama... DayBab akan bercuti from Thursday to Tuesday.
Tomorrow pulak, ada reception (Alwi, member masa keje kat SFCC dulu) kat Dewan Perdana Felda. Best nye, dapat jumpa member-member lama...
So, to all.... Selamat Bercuti. Kalau memandu, drive safely - Ingat lerrr orang yang kita cintai.

December 16, 2008

D'Tox...

Do I need to D'tox or not?? Been searching high and low for the suitable product and finally i choose Kinohimitsu - 6 Day D'tox Program.
This product is available at most pharmacies and I got mine at Guardians. Its quite expensive but the details somehow managed to convince me to try it out. Comes in tiny bottles of concentrated fruit (plum) juice and to be consumed once a day for 6 days. The main attraction of this product is that no special diet control is required but you would need to plan when to consume the drink as the defecation process takes about 2-4 hours.
I started the program on the very first day this product was purchased and the amazing result showed the next morning. You can't imagine my reaction when I saw the amount of waste excreted from my body! All I can describe is that I think it could have easily weighed about 1KG :P Sorry, no pictures!!
Today will be my 5th day for the program.
It is recommended to continue drinking the juice in the long term by cutting down the dosage to 1-2 bottles a week to maintain good digestion and overall health benefits.
Additional note: Be warned that lots of gas will be released throughout the program.

December 15, 2008

Happy Birthday... Nenek!!

Surprise... Happy Birthday, Nenek!!
A surprise Birthday Party for Nenek... She was really surprised and tak expect ada party!
Nenek sent me a sms. It reads as below :
"Terima kasih! Nenek rasa tahun ni dapat hadiah paling berharga sebab anak, cucu dan cicit berkumpul dan bersatu hati. Kalau atok ada pasti dia paling gembira. Moga rohnya dicucuri rahmat. Terima kasih atas segalanya" - December 15th, 2008 @ 00:14a.m.
Am really touched... Am gonna cherish every moments together. May happiness be with us forever!!
Happy 68th Birthday, Nenek!!

Wedding Favors...

What do you think... Fruit Jam as wedding favors???

December 12, 2008

Aurat isteri tanggungjawab suami
Posted on Friday, December 14 @ 11:38:02 MYT by SongkokPutih
Bersama: MOHD. FARID RAVI ABDULLAH

SOALAN: ADAKAH suami menanggung dosa isterinya yang tidak menutup aurat/mendedahkan aurat kepada yang bukan mahramnya?

JAWAPAN: RUMAH tangga yang aman damai itu terbina di antara gabungan ketegasan seorang lelaki dan kelembutan seorang wanita. Lelaki berusaha mencari nafkah sementara wanita menguruskan rumah tangga. Tentu tidak akan wujud sebuah rumah tangga yang bahagia jika suami sahaja yang gagah atau kelembutan isteri semata-mata.

Syariat Islam telah memuliakan wanita dengan memberi satu jaminan bagi kehidupan mereka. Disebabkan fitrah dan peraturan hidup itulah maka suami berperanan memimpin isteri ke arah mencari keredaan Allah s.w.t.

Pada keseluruhannya, suamilah yang bertanggungjawab di atas segala masalah anak isterinya tetapi tidaklah sampai membiarkan mereka lalai daripada tanggungjawab dalam ibadah yang khusus (fardu ain).

Firman Allah s.w.t bermaksud: Wahai orang yang beriman peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada seksa api neraka. (al-Tahrim:6) . Para ulama ketika menafsirkan ayat ini berpendapat bahawa suamilah yang bertanggungjawab menyelamatkan ahli keluarganya daripada dihumban ke dalam api neraka. Suami menyelamatkan ahli keluarga dengan mendidik mereka dengan ilmu agama. Mengajar mereka ilmu fardu ain yang wajib diketahui oleh setiap orang Islam termasuklah ilmu tauhid.

Setiap Muslim perlu mengetahui batasan auratnya. Seorang wanita wajib mengetahui batasan auratnya. Sejak dibangku sekolah lagi ustaz dan ustazah telah mengajar mereka batasan auratnya, malahan di dalam silibus KBSR dan KBSM juga menjelaskan demikian.

Malahan ibu bapa juga mengajar mereka had aurat. Namun, apabila dewasa, ada di kalangan wanita yang melihat kefarduan menutup aurat ini sebagai satu budaya orang Melayu dan bukan persoalan agama. Tanggung jawab dan peranan mendidik berpindah ke tangan suami apabila seseorang itu dikahwini oleh seorang lelaki.

Berdasarkan kepada tanggungjawab dan peranan suami jelas bahawa suami adalah pengemudi bahtera rumah tangga terutamanya dalam mendidik keluarga. Suami wajib menasihati isterinya dengan penuh bijaksana dan hemah supaya isteri boleh menerima perintah menutup aurat dengan rela hati tunduk dan patuh pada perintah Allah.

Rasulullah s.a.w. ada berpesan agar setiap wanita itu dididik dan ditegur dengan penuh kelembutan dan dedikasi. Nabi mengingatkan kita agar mereka tidak dibiarkan dengan kesilapan dan keingkaran kerana yang demikian akan membawa padah pada si isteri.

Setelah dinasihat dan diajar serta ditegur, mereka masih lagi enggan menutup aurat maka suaminya tidak berdosa. Ini kerana suami sudah berusaha menyedarkan akan perintah Allah menutup aurat, tetapi masih ingkar. Maka dosa keengganannya menurut perintah Allah akan ditanggung sendiri dan bukannya suami.

Dalam surah al-Nur, Allah berfirman yang bermaksud: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yangtersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya. (al-Nur: 31).

Dalam ayat ini jelas Allah s.w.t. memerintahkan kaum perempuan menutup aurat dan perintah ini wajib. Maksudnya wajib bagi wanita Islam yang beriman menutup auratnya. Had aurat wanita ialah seluruh tubuhnya melainkan kedua telapak tangan dan wajah.

December 5, 2008

Happy Birthday... Putri Yasmin..

December 4th...
Putri Yasmin a.k.a. Adik menyambut birthday nye yang ke-2. Tante bikin birthday kek tuk Adik. Kek tu didecorate dengan 3 Badut serta Belon.
Motto nye: "Semoga dapat membahagiakan anak-anak kecil..."
Tante tak dapat hadir masa acara tu kerna balik kampung di Sungai Besar, Selangor. Ada kematian. My uncle i.e. my father's brother passed away.
Al-fatihah buat Pak Ari. Semoga roh nye dirahmati dan tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin.

December 3, 2008

Fridge Magnet...

Ini ler dia... Fridge Magnet yang DayBab dapat tuk sample. Mula-mula dok ingat nak kasi fridge magnet for wedding favors, pastu bila dah dapat macam nie... terus DayBab cancel.
Furthermore, ramai gak yang advice DayBab - magnet nie tak sesuai. Pastu, nak cari yang lain... DayBab pon dah malas.
Kita lihat kat Internet mungkin lain.. Bila dah depan mata, DayBab rasa magnet nie lebih sesuai untuk Valentine's Day..
What do you think ???