November 11, 2009

You've Got To Grow Up Sometimes....


Lately, few things happen around me. Some are good and some are not really good.
For me, friends come and go and I know that it is worth to keep few good friends around you and nature the friendships.
But, how i wish they could grow up!!

November 5, 2009

Sewing Machine Kong....


Nie dihati nak bikin baby's stuff project. Lepas habis potong kain, DayBab gi store kat bawah tuk ambik sewing machine yang sudah lama DayBab perapkan. Nak katakan DayBab nie teror menjahit.... tak ada lerrrr. Nie baru nak berjinak-jinak. Mesin jahit tu pon, Ibu yang kasi...
Lepas DayBab dah bersih-bersihkan mesin tu, dan nak start menjahit... tup, tup, mesin tak gerak. Something wrong somewhere... dok bega-bega sana sini... punca nye, tak tahu jugak. Alik-alik, DayBab decide tuk hantar service aje...
Jadi, project ku tergendala... TIDAK!!!! Kalau mesin tak ada, DayBab pakai tangan aje tuk jahit.
First project DayBab.... Baby Block. Ini lah hasil nye.... hasil nye, ok lerrr... i guess, kalau pakai mesin.. pasti lebih kemas.
Lepas mesin dah ok... more projects to come... Tunggguuuuu...

October 31, 2009

Mengidam....??? YES!!!!

Mengidam..?? Mengidam merupakan keinginan yang sangat tinggi untuk seseorang memakan sesuatu.
Sesetengah pakar perubatan menjangkakan mengidam berlaku disebabkan perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh wanita mengandung. Perubahan hormon boleh meningkatkan kepekaan deria bau (yang berkait rapat dengan deria rasa) pada wanita mengandung, sekaligus mempengaruhi pemakanannya. Alahan semasa mengandung seperti pening, kembung perut, keletihan atau muntah-muntah akibat perubahan hormon juga boleh menjadi sebab wanita mengandung mengidamkan makanan yang boleh mengurangkan atau melegakan alahan.

Cuba elakkan mengambil makanan yang disenaraikan di bawah walau pun setinggi mana keinginan anda untuk memakannnya kerana ia boleh memudaratkan kandungan anda:

  • Makanan laut, daging dan telur mentah atau yang tidak masak sempurna (ex: sushi, telur kampong mentah, rare @ medium steak)
  • Susu atau hasil tenusu yang tidak dipasteur (ex: Mexican cheese, unpasteurised milk)
  • Jus buah atau sayur yang tidak dipasteur
  • Teh herba
  • Alkohol

Cara untuk mengatasi mengidam semasa mengandung adalah seperti di bawah:

  • Jadikan pemakanan anda seimbang apabila anda mengidamkan makanan yang tinggi kalori. Contonya, lebihkan aneka buah-buahan dalam ais krim anda supaya seimbang nutriennya.
  • Fokuskan pemakanan anda pada makanan yang rendah kalori seperti yoghurt, oat meal bar.
  • Jika anda mengidam makanan yang tinggi kalori, beli saiz yang lebih kecil supaya mengelakkan pemakanan yang berlebihan.
  • Jika mengidam ‘menguasai’ hidup anda, cari aktiviti yang boleh membuatkan anda melupakannya seperti berjalan-jalan bersama suami dan menonton wayang.
  • Makan dengan jumlah yang sedikit tetapi kerap supaya paras gula dalam darah tidak jatuh yang boleh menyebabkan anda makan berlebihan. Cuba makan makanan seimbang 6 kali sehari.
  • Lakukan aktiviti fizikal dan senaman yang dibenarkan oleh doktor.
  • Ambil makanan seimbang termasuk susu, bijirin, sayur dan buah-buahan.
  • Sokongan moral amat penting kerana emosi ibu mengandung yang tidak stabil akan menjadikan makanan sebagai teman rapat, sedangkan pelukan daripada suami sebenarnya sudah mencukupi untuk meredakan emosi ibu mengandung
DayBab juga tidak terkecuali dari mengidam .... selama tempoh mengandung nie, ada beberapa makanan yang DayBab selalu inginkan... Antara nya adalah..:

Waffle A&W... yummmyy...


Rojak Jawa...


Root Beer Float...


Tako Tao....


Sate Padang.....

October 29, 2009

Enjoying Myself...


It has been almost two months, DayBab duduk rumah and buat kerja-kerja yang DayBab enjoy! Due to the pressure and stress at work... and also the morning sickness, i've decided to quit my job. Since then, a lot of baking had been done.
I've been experimenting and trying new recipes. Practising things that i have been wanting to do. I really enjoy my life....
The best part... is when i get compliments and feedbacks from customers regarding my products... Alhamdulilah, so far... so great!!
I hope to enjoy this forever and the baby will be good and be able to follow my routine... that is Baking!!

October 18, 2009

Hari Raya Potluck with My Ex-schoolmates....

Last Saturday, was the last week of Hari Raya. Kebetulan, on that particular day is Deepavali. The gurls had planned to have a potluck at my place for this occasion.
Me, playing my part as a host... prepared the main dish. Zulaikha came with her Famous Potato Pie... memang delicious. Zarinah pulak came with 2 boxes of Domino's Pizza. Maklum aje lerrr, hubby dia keje kat Domino's!!
Then, Helie came with her lovely daughter ... sambil hulur roti canai. Waduh... enak banget sih..!! Then, Ros datang dengan membawa Lapis Legit nye dia. Finally, Syahi came with kek batik and few muffins.
Memang best bila all the gurls berkumpul. Mula ler bergossip ria and makan sampai tak henggat... hehehehehe.
Kesimpulan nye, am very happy to see and lepak with my friends!!


October 5, 2009

Glucose Tolerance Test..


The last monthly visit, masa urine test... sugar level DayBab naik. Mungkin sebab breakfast nasi lemak + lauk paru and 2 glasses of teh o ais limau atau mungkin sebab lain.. lagi pulak, masa raya tu.. bukan main sakan DayBab dok teguk carbonated drinks especially Coca-Cola and Ice-Cream Soda.
Masa nurse tu check and kasi tahu result, dia ada tanya ... breakfast apa tadi?? Bila kata nasi lemak and teh o ais limau, dia kata mungkin sebab tu kot...
Tapi, bila jumpa doktor... takut lak benda lain. Tu yang doktor recommend DayBab tuk gi ambik Oral Glucose Tolerance Test (OGTT).
Test tu dijadulakan pada hari Sabtu. So, malam Jumaat tu... DayBab dah start puasa. Pagi-pagi DayBab dah sampai kat hospital. First ambik darah kul 9a.m and then terus depa kasi minum air gula yang sangat manis i.e. glucose = 75gm.
Dua jam kemudian, they all ambik darah lagi. Sebab nye, first time ambik darah tadi tuk tahu baseline nye. The second time, baru lerrr they dapat buat comparison.
Alhamdulilah... pagi tadi DayBab call doktor for the result. Semuanya ok... Memang DayBab rasa lega yang amat sangat..
For more info tentang Glucose Tolerance Test, sila baca disini.....

September 29, 2009

Dah 5 Bulan....


Last Monday was my monthly visit with the doctor. By then, baby dah masuk 21 weeks.
We had breakfast dulu before gi hospital. Kali nie DayBab minum air banyak-banyak coz the last visit, doktor kata air kurang.
Arrived at the hospital aroung 9am. By that time, dah ramai jugak ibu-ibu mengandung yang sedang menunggu giliran.
Sudah menjadi rutin, sebelum jumpa doktor... akan dicheck urine, berat badan and tekanan darah. Lepas semua tu, tunggu giliran tuk doktor panggil.
Bila giliran DayBab tuk masuk... Abg Gendy pasti ikut masuk sama. Biasa nya doktor akan bertanya kalau ada apa-apa masalah and akan scan perut tuk tengok perkembangan baby.
Alhamdulilah... heart beat baby - ok, perkembangan nye pon - ok and doktor inform kat we all that berat baby dah 371gm.
Kata doktor, bila baby dah besar sikit... kita scan pakai 3D pulak... yyuuuhhhuuuuuu... tak sabar nye.
Now, i have this mixed feelings. Its fun to have my baby duduk dalam my stomach and i don't wanna it to keluar. But, tak sabar jugak nak gomoh-gomoh the baby bila dia keluar...
How lerrr...???

Amott yang mengeramkan...


Ni aksi si Amott masa bobok kat dalam bilik.... sungguh mengeramkan!!
Hari tu, Amott cipta sejarah dengan bobok dari kul 8 pagi hungga kul 4 petang. Mana tak nye, sebelum nie mana dia nak bobok lama-lama.... ada aje misi dia kat luar tu...
Ada pulak satu petang tu, DayBab nampak dia berkejaran dengan kucing lain. Entah apa pulak masalah nye... tak reti hidup dengan aman dan harmoni lerrr...

September 26, 2009

Bila Santa Claus turun dari NYC...

Nie apa yang DayBab dapat bila Santa Claus turun dari NYC... purse bag!!
Alhamdulilah.. rezeki DayBab. So, lepas nie kalau keluar gi kedai... DayBab boleh lerr sumbat purse and handphone dalam beg nie..
Thank you ... Auntie Samsiah!!!

September 19, 2009

Salam Lebaran...

Salam Aidil Fitri buat rakan-rakan and family. Dikesempatan ini, kami ingin memohon maaf jika ada tersilap and terkasar bahasa, atau menguris hati mana-mana pihak.
Kalau tahun-tahun sebelum nye beraya solo, tahun nie dah berduet ... tahun depan, insya-Allah trio pula...
Selamat Hari Raya... Maaf Zahir dan Batin!!


September 14, 2009

Durian Pillow Pancake from Medan....

Kalau selama nie DayBab dok makan Durian Pillow Pancake yang dok beli kat Mid Valley tu, kali nie DayBab dapat rasa yang diterbangkan khas dari Medan.
Waduh... ternyata yang ini lagi sodap rasa nye. Durian nye memang banyak and sungguh yummmmyyyyy...
Makan satu aje dah puas gilerrr.. tapi, DayBab kena makan dua!!


Birthday Present!!


Thanks to my Sate Minang Geng for the awesome books...
Ingatkan umur sebegini tak dapat present, dapat jugak yea.. Alhamdulilah.
Thank you.. All!!!

September 10, 2009

Happy Birthday!!!


Happy Birthday to me...!!!!
Alhamdulilah, i am blessed with wonderful family members and friends.... Thank you!!

September 8, 2009

Is it too early...???

Dalam kesibukan DayBab dok nak uruskan pelbagai benda serta mengharungi segala cabaran dan rintangan, sempat gak gi KLCC jap tadi tuk release kan tension dan mencari idea baru.
Dalam dok tunggu Abg Gendy, DayBab lepak dan cuci mata kat Toys 'r' us. Waduh, mereka ada sale rupanya tuk barangan baby.
So, is it too early for me to buy those stuff??? Bukan nye nak beli apa pon, cuma stroller and baby cot. Sale nie hanya sampai early October... lepas nie, entah ada lagi sale atau tidak. Takut nanti kempunan atau menyesal sebab tak beli awal-awal...
So... apa kata anda???

September 7, 2009

Thank you... my friend!!

Semalam, dok tengah siapkan orderan kek... tetiba Zu call. Katanya nak titip kan barang buat Zarinah. But then, i told her... i'll be seeing her toninght. So, we decided to meet up at my place and gi sama-sama ke Wangsa Maju.
Masa Zu sampai... sempat lerr jumpa ngan Ros. Member sekolah yang lama sungguh tak jumpa secara realiti... tetapi, dok bermesra di FB.
Dalam kul 9 lebih, both of us bertolak ke Wangsa Maju. Lepak di salah sebuah kopitiam disana. Zu nak deliver perfume and kasut kat Zarinah and DayBab nak hantar kek senget kat dia.
Dalam pada itu, Zu kasi DayBab t-shirt kat atas tu!! Comel kan..!!???
Balik aje rumah, DayBab try t-shirt tu. Ya Allah... memang selesa gilerrrr...
Thank you, my friend for the confortable t-shirt!!


September 3, 2009

Get Well Soon... My friend!!!

DayBab dapat tahu from my friend, Azmi that our friend - my ex-schoolmate, was suspected of H1N1. DayBab doakan agar Zulaikha cepat-cepat sembuh dan ceria selalu.
We love you... my dear friend!!

Sometimes your troubles

are tall, and it may
feel like relief
is as far away
as the stars.
But don't despair.
You'll be much
better soon.
Until you are,
I won't stop trying
to brighten your day,
and I'll do my best
to send a bit of
magic stardust
your way.

August 31, 2009

Merdeka..!! Merdeka..!! Merdeka..!!

31 Ogos tahun ini jatuhnya bersamaan dengan 10 Ramadhan. Tiada sambutan besar-besar seperti kebiasaan. Cuma sambutan yang agak sederhana diperkarangan Parlimen.
Kalau seperti biasa, pada malam sebelum kemerdekaan... kita akan dihujani dengan percikan bunga api, tapi... tahun ini agak sunyi sepi.
Apa yang DayBab harapkan agar kita akan sentiasa bebas dari segala bentuk jajahan kerana kita telah merdeka sejak 52 tahun yang lalu...
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-52!

August 30, 2009

Tips Berpuasa Untuk Ibu Menyusu dan Mengandung..

Pejam kelip... dah seminggu lebih kita berpuasa.

Dibawah ini ada beberapa tips buat ibu menyusu dan ibu mengandung bagi menghadapi puasa dengan sukses-nye.

Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku. Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk:-

* Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
* Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
* Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.

* Terasa loya dan ingin muntah.

* Rasa menggigil.

* Berasa lemah dan sakit otot.
* Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.


Bagi ibu mengandung pula, selain di atas:
* Pergerakan bayi yang tidak normal.

* Berlakunya kontraksi.


Untuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, amatlah penting untuk kita mengambil makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak. Bagi ibu menyusu dan mengandung, sekurang-kurangnya 2liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan.

Antara langkah untuk mengelakkan dehidrasi:-

* Banyakkan pengambilan cecair.

* Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan yang berkuah dan mengandungi air.

* Kurangkan mengambil terlalu banyak gula dan garam kerana ia boleh menarik keluar air dari sel.
* Mengambil vitamin C.
* Berehat secukupnya.

* Mengambil minuman Isotonic seperti Performance Drink.


Kenapa Performance Drink selain minuman isotonik lain? Kerana ia mengandungi kuantiti gula yang rendah berbanding minuman isotonik di pasaran, dan tidak berkarbonat.


Walau bagaimanapun, seorang ibu yang menyusu atau mengandung mesti sedar akan keistimewaan yang diberikan oleh Yang Maha Esa dalam menjalani ibadah puasa, yakni rukhsah atau keringanan sekiranya menghadapi kesulitan. Bukanlah satu benda yang baik untuk meneruskan puasa hingga menjejaskan kesihatan terutama anak yang disusui dan dikandung, kerana ‘hadiah’ dari-Nya sudah disediakan, dan anak itu lebih diutamakan haknya.


Antara petua dan tips lain bagi ibu menyusu di bulan puasa:

* Banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, oat, dan sebagainya.
* Jangan skip sahur (lagipun sahur tu sunat).

* Banyakkan sesi penyusuan dan mengepam, terutama di waktu malam dan waktu sahur.

* Banyakkan bertenang.
* Mengambil supplement seperti vitamin B complex.

* Cuba makan dan minum sedikit-sedikit dan kerap pada waktu malam (takut bloated pula bila sekaligus).

* Bawa sebotol air semasa jemaah terawikh dan minum sedikit antara rakaat2.

* Banyakkan berdoa dan berfikiran positif.


Jangan berasa gusar atau bersalah bila terpaksa berbuka (dengan sebab2 yang kukuh, bukan sengaja berbuka dengan menjadikan alasan mengandung/menyusu) kerana kemuliaan seorang ibu yang diberi oleh-Nya, hak anak lebih diutamakan. Tidak ada faedah kalau ibu tega untuk berpuasa, sedangkan anak kehausan dan kelaparan. Walau bagaimanapun, lakukan semuanya untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata, bukan untuk nampak mulia di mata manusia.


Selamat berpuasa dan berbahagia bersama anak tercinta!


August 27, 2009

Sundae..???

Ini lah akibat nye bila melayan ibu mengandung yang sedang mengidam. Masa kat rumah, DayBab dok terbayang nak makan McFlurry. Tetiba, bila sampai ke Mcd... selera DayBab bertukar.
Nasib baik nak makan ice-cream jugak. Kalau tetiba nak makan benda lain..?? Hampehhhh..
So, malam semalam DayBab dok menikmati Chocolate Sundae dengan Abg Gendy. Memang sedap tuk melegakan tekak bila dah berpuasa seharian.
Jap lagi nak makan apa pulak yea...???

August 26, 2009

Apa Nak Jadi...???!!!


Apa nak jadi lerr...???!! Bulan puasa pon masih nak buat kerja tak senonoh nie...
Petang semalam, masa DayBab nak kasi kucing makan (bukan Amott sebab nie makanan yang dia tak habis)... DayBab ternampak dua budak yang amat mencurigakan. Tapi, tak nak lerr syak apa-apa.
Lepas tu, DayBab pon borak japa ngan jiran sorang nie. Masa tengah borak tu... tetiba bunyi macam ada benda kena hampuk. Budak sorang tu dah pecahkan cermin depan dan lari bersama sebuah laptop. Member dia yang sorang lagi tu, tengah stand-by kat atas motor.
DayBab bila menyedari kejadian itu.. mintak jiran DayBab tu gi kejar. Berlari tuk kejar motor??? Boleh ke nak tahan..??
Emmmmmm... budak berdua tu lepas lerrr dengan laptop tu. Kereta Gen2 tu berbunyi lerr alarmnye. Sampai dah nak masuk Isyak baru tuan punya kereta datang balik. Kesian pon ada kat mamat tu. Mana tak nye, gi berbuka puasa... tup, tup, cermin pecah and laptop kena bawak lari.
Masalah nye, sapa suruh dia letak laptop kat depan??? Boleh aje simpan kat belakang tu... Zaman sekarang nie, depa dok memerhati aje. Asal ada peluang, pasti depa cekup.
Kesimpulan nye, sesiapa yang dok ke hulu hilir dengan laptop... sila simpan laptop anda itu baik-baik. Kalau tak, tak pasal-pasal nanti kena curi lerr pulak.
Kita dok ingat bulan puasa, tak ada yang nak buat macam nie. Eeemmmmm.... bulan puasa, perangai macam nie pon ada gak!!!

August 21, 2009

Ramadhan Karim..

Dikesempatan ini DayBab sekeluarga (macam ramai aje kat ... i.e. DayBab, Abg Gendy, Amott and baby kat dalam tummy nie) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan, Bulan yang Mulia ini.
Semoga kita mendapat keberkatan dari-nye dan puasa kita tahun ini lebih baik dari tahun sebelum nye.
Kami juga ingin memohon maaf atas segala salah dan silap, terkasar bahasa atau menguris hati dan perasaan sesiapa selama ini.
Salam Ramadhan untuk semua!!


August 20, 2009

Dah 4 Bulan....

Seperti kebiasaan nye, DayBab akan jumpa doktor dan buat check-up kat Pusrawi seperti yang diatur. Tiap kali ke sana, pasti akan disuruh timbang dan test urine.
Berat DayBab dari bulan lepas ke sekarang masih lagi maintain. Tak ada pulak dia nak naik walau dah makan macam tak hengat dunia. Turun ada lerrrr... nak buat macam mana yea???
Mungkin kah lemak-lemak ku yang berlebihan ini dapat membantu baby dalam tummy??? DayBab pasrah...
As for my urine test... Alhamdulilah, semuanya ok!
Lepas semua test tu, tunggu giliran tuk jumpa doktor. My gynecologist is a lovely woman doctor. I guess, lebih senang gitu. Kurang sikit lerrr rasa malu. Time jumpa doktor, Abg Gendy pon ikut sama masuk dalam bilik.
Kebiasanya, doktor akan tanya perkembangan dan Abg Gendy pon akan bertanya apa-apa yang patut. Lepas tu, doktor akan buat ultrasound sebab nak tengok perkembangan baby dalam tummy DayBab.
Kalau last month, baby baru berukuran 3.5cm... sekarang, tumbesaran nye sudah 13cm. Waduh, sudah nampak tulang belakang nye dia dan DayBab dengar heart beat baby dalam tummy nie. Alhamdulilah, semua nye ok.
Doktor nasihatkan DayBab tuk minum banyak air. Air yang bermineral seperti air barli. Kalau nak minum 100Plus pon boleh. Boleh ke??? Cuma sebotol kecil dalam seminggu aje... :-(
Masa jumpa doktor, DayBab ada juga bertanya pasal Puasa. Doktor kata, DayBab boleh puasa. Provided that sahur biar teratur - jadi, kena lerr bangun sahur sekitar jam 5am gitu. Minum air kena banyak. Makan masa berbuka kena bagus and in between, kena munch something.
Apa pon, Ramadhan tahun nie.. dengan izin Allah, DayBab berazam tuk puasa penuh. Baby dalam tummy nie pon dah kena training tuk puasa... semoga bila besar nanti, rajin dia berpuasa.
Selamat menunaikan ibadah Berpuasa kepada semua...



August 10, 2009

Sudah Jumpa!!!

Akhirnya, petang Khamis yang lepas... Amott ku telah dijumpai. Terik kasih buat semua yang prihatin dan cuba menenangkan perasaan ku sewaktu ketiadaan Amott.
Petang Khamis tu, tetiba DayBab terasa macam nak jerit aje nama dia dari luar jemdela bilik. Tetiba terdengar suaranya meow... meow.. Bila dok dengar balik, suara tu datang dari bawah tangga rumah sebelah. Tanpa berlengah lagi, DayBab pon keluar dan pergi sebelah.
Masa DayBab depan pintu tu, suara dia makin kuat. Cuak jugak nak bukak pintu tu... tapi, DayBab berani kan diri. Ikutkan hati, nak aje DayBab tunggu Abg Gendy kluar dari toilet.
Bila pintu dibuka, Amott pon keluar dari situ. Muka dia memang sungguh trauma. Seolah tak tahu nak gi mana. DayBab cuba nak tangkap dia. Malangnya, dia menyorok bawah kereta lerr pulak. Alik-alik, DayBab cuba guide dia tuk balik rumah.
Sampai aje kawasan rumah, DayBab dapat grab Amott. Terus DayBab peluk dia... waduh, kangen banget dech dengan Amott. Syukur Alhamdulilah, nasib baik jumpa Amott ku yang tersayang!
Terus dia bising, mintak makan. Dah brapa hari dia tak makan agak nye..??
Ingatkan lepas tu dia nak rest atau apa ke kat rumah.. alik-alik, dia dok buat bising mintak nak kluar. Sebab tak tahan dengan bunyi dia... maka, DayBab pon kasi lerr peluang tuk dia kluar and berdating.
And semalam... Amott bobok dengan nyenyak nye dengan DayBab and Abg Gendy. Mula-mula dia dah ambik position kat celah kaki DayBab. Port baik punyeeee... Alik-alik, DayBab alihkan dia and dalam kul 4 pagi, dia dah buat bising... nak kluar.
Jam 6 lebih, dia balik and mintak makan. Mama kasi dia makan nasi minyak + ikan. He is soooo Jawa!!!
Amott... lop u!!