February 28, 2009

The reveal...

Sayang selasih ditumpah minyak,
Bunga jengkang dengan jerami,
Terima kasih banyak-banyak,
Kerana sudi bersama kami.

Maria & Onassis
serta keluarga
22 Februari 2009

Jam was given to all guests as my wedding favors. Basically, i ordered 7 different flavors. Alhamdulilah.. the response was awesome.
At first DayBab dok ingat nak tampal sticker dan ikat riben aje.. senang dan ringkas.
Then came Kak Eda.. she has this awesome idea. Kita wrap the top with doilies paper and ikat dengan riben. Alhamdulilah... it turn out really nice and sweet!!
Thank you Kak Eda for the superb ideas...

February 26, 2009

Benjamin Button...

Dah lama gak tak tengok wayang...
So, semalam.. the newly weds gi tengok wayang. Movie --> Benjamin Button.
It was a good movie... maklum aje ler, Brad Pitt yang berlakon.
Kisah mengenai seorang bayi yang lahir dengan wajah yang tua dan hodoh.. semakin meningkat umur, dia menjadi semakin muda. Hingga bertemu jodoh dipertengahan jalan dan mendapat anak. Akhirnya, menjadi budak-budak dan meninggal dipelukan isterinya semasa bayi..
Bagi yang berminat, tunggu apa lagi...
Kalau gi MBO kat Taman Dagang tu, every Wednesday ticket nye pada kadar RM5 per pax.
Selamat menonton....

Memel...

Emilia Hartini @ Tini @ Memel...
Dalam kesibukan mempersiapkan majlis perkahwinan pada 22.02.09, Tini banyak membantu dalam segala hal. Walau sebelum, semasa dan sesudah majlis. Tak tahu ler keadaan nya kalau tanpa bantuan Tini.... dan juga pada ViVa nya!!
Sebelum nie, DayBab tak ada menyebut nama Tini... tapi, tanpa Tini... majlis tak akan seindah ini. Thank you very much my sis... for everything!!
Insya-Allah, on your BIG Day nanti... am always there for you!
p/s : Thank you very much jugak pada Bang Brahim... yang banyak membantu tuk menjayakan majlis ini!! Thank you...

February 24, 2009

February 22nd, 2009...


February 22nd, 2007..
Alhamdulilah, DayBab telah selamat diijab kabulkan dengan sekali nafas pada tanggal 22.02.2009. Selepas acara akad nikah, majlis resepsi diadakan. Perjalanan majlis berjalan lancar dan hujan yang turun pada sebelah petang tidak mencacatkan majlis. Hujan rahmat... mungkin!!
Majlis resepsi yang telah dirancang sejak tahun lalu berjalan dengan lancar.. DayBab berterima kasih pada semua yang telah membantu dan bertungkus lumus bagi menjayakan majlis nie...
Dikesempatan ini, DayBab ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada Mama dan Chu yang telah banyak berkorban dan memberikan semangat dan sokongan pada DayBab. Tak kira dalam bentuk semangat atau kewangan. Terima kasih!!
Nenek... DayBab bersyukur kerna masih punya Nenek yang prihatin dan sangat mengambil berat. Terima kasih banyak-banyak, Nenek. Budi dan jasa Nenek, tak terbalas. Nenek telah banyak membantu sejak majlis pertunangan hingga ke saat-saat akhir. Persiapan untuk hantaran, bunga pahar, sirih, persiapan dan banyak lagi... semua Nenek banyak membantu. Thank you... am so lucky!!
Auntie Tin, thank you very much for your support and your lovely cupcakes. Memang awesome!! Also, to my two lovely cousins... Thank you very much! Korang memang "Gerek seh...!!"
Chu Che Dah and Mak Long.. thank you very much for all the lovely decorations. Khemah memang superb!!
Mak Long and Pak Long... Thank you very much!!
Kak Eda, even though jauh di Manchester... Thank you very much kerna telah membantu DayBab prepare segala yang patu especially for my flower gurls and my room!
Uncle Is... Thank you for the curtains... memang cantik! Awesome choice!!
Kepada yang lain-lain yang tidak disebut nama nya... DayBab minta maaf. Soal nya rasa sangat yang telah membantu dan menjayakan majlis ini. Ingin DayBab ucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas segala nya...
Thank you very much!!!
--> Lepas ni kita tunggu... Tini atau Ajam!!

February 18, 2009

Hehehehehehe...

Hari nie DayBab ada "MiSi MaSa DePan". Pagi-pagi dah kluar. Semoga segala nya berjalan dengan lancar dan sukses. Lepas dari tu, DayBab gi opis tuk ambik cheque dan petty cash. Pukul 2pm nanti ada pulak nak kena jumpa orang Insurance. Nie yang DayBab dok lepak jap kat opis.... apalagi, update blog ler... wakakakakakakaka.
Alhamdulilah, segalanya berjalan dengan lancar. Hal ehwal bilik dah settle. Thank you pada semua yang telah membantu DayBab.
Sabtu lepas, ramai yang datang tuk membantu menghias wedding favors DayBab. Thanks to Kak Eda, dengan idea nye yang bernas. My wedding favors looks awesome!!
Rumah sudah diclear-kan. Tunggu masa nak bentang carpet dan pasang pelamin. Dijangka, kakak tu nak pasang esok petang.
Jumaat malam... ada kenduri doa selamat dan tahlil yang akan diketuai oleh Taufik - hubby Julia. Mendoakan segala nya selamat dan lancar. Doa tahlil buat semua yang tersayang yang telah kembali ke-rahmatullah... especially buat Arwah Atuk (22.02.02), Arwah Nenek (26.02.79), Arwah Nyang dan juga pada Arwah Uncle Zam.
Dalam kita dok merancang... ada pulak yang tak menjadi. Nie pulak kisah baju pengantin lelaki yang rosak dan tak selesa tuk dipakai. Baju yang telah dihantar ke Indonesia untuk dijahit, akhir nya tidak boleh dipakai. Pikir punya pikir, akhirnya DayBab sewa aje baju tuk pengantin lelaki. Insya-Allah... ok!!
Tinggal beberapa hari saja lagi... doakan semoga semua nya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang... Doakan semoga perkahwinan DayBab ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
Amin.

February 13, 2009

Cuti... yeeehhhhaaaaaaa

Today is my last day keje... starting from tomorrow untill February 20th, 2009 Daybab cuti... yehhhaaaaa... lama nya cuti.
Alhamdulilah... segala persiapan berjalan lancar. Semoga segala yang dirancang dan diatur akan smooth jadinya during my BIG Day!!
Update -->
1.Baju Daybab dah siap. Hanggin aje ngan tailor tu... dia dok kata charge dia.. rm350. Kita nie pon, dok withdraw tuk bayar that amount ler... alik-alik dia kata rm480. Mak oooiiii... mahal nye!! Nego punya nego... dia kasi discount rm30. This would be the first and the last time DayBab hantar baju kat dia. Tapi, memang tak dapat disangkal... workmanship dia memanh bagus lerrr... hehehehehehe...
2. Baju-baju dah DayBab hantar tuk gosok dan dry-clean. Adik pengantin pon hantar baju tuk digosok... baju macam dia pon nak jadi pengantin... hehehehehehehe..
3. Esok, dijangka ramai yang akan lepak kat umah. Membantu apa-apa yang patut... especially ikat reben kat wedding favors. Ada meeting kecil-kecilan... dan acara makan-makan.
4. Kakak langsir akan datang esok tuk pasang langsir kat bilik DayBab. Thank you Uncle Is coz sponsoring... ;-)
5. Monday, nak gi facial... don't ask me where coz DayBab sendiri tak decide lagi...
6. Khamis, kakak pelamin akan datang tuk pasang pelamin. Start lerr.. kekecohan kat umah dan acara menghias... yehhaaaaaaa....
7. Sabtu, tukang khemah akan datang tuk pasang khemah... waduuhhhhh... makin hampir ke BIG Day!! Debaran nye semakin terasa...
8. Ahad, 22 Februari 2009... My BIG Day!! Wish me luck!! semoga segala nya berjalan lancar... Amin.
Pada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, DayBab ingin mengucapkan berbanyak terima kasih.. Jasa dan budi semua tak dapat DayBab nak membalas nye.

February 10, 2009

Mengapa Yahudi Bijak...???

Ikuti, kisah ini yang mungkin boleh membawa kebaikan pada kita....

Sunday, January 25, 2009

Mengapa Yahudi Bijak

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon>
--> Dr Wan Shah Jihan Wan Din
Pensyarah & Pakar Bedah
Jabatan ORL-HNS
Pusat Pengajian Sains Perubatan
Kampus Kesihatan USM
16150 Kubang Kerian
Kelantan
Pejabat: 09-7664102
Mobil: 0199391321
Fax: 09-7653370

February 6, 2009

Cabaran... dan Dugaan....

Dalam mempersiapkan tuk my BIG Day... banyak cabaran dan dugaan yang dihadapi. Insya-Allah, akan DayBab atasi nye dengan positif. DayBab pernah terbaca... "Berkawan lah dengan cabaran, jangan memusuhinya.. Insya-Allah kita dapat mengatasinya".
Alhamdulilah... semua yang positif aje yang DayBab ambil.
DayBab sedari, dalam melaksanakan majlis yang penting dan besar ini... sudah pasti kita tidak dapat tuk memuaskan semua pihak. Pasti ada pihak yang akan tersinggung. Percaya lah, DayBab hanya mahu yang terbaik dan sebolehnya, mahu me-minimisekan segalanya.
Am really glad that I still have family members yang banyak membantu... Alhamdulilah. Memang DayBab bersyukur sangat... tak tahu lerr macam mana nak membalasnya nanti.
To who ever you are, DayBab tahu.. apa aje yang DayBab buat, semua nya tak akan OK dimata mu.. Its ok!! Its my wedding, and I do what ever i like... Pastu, ada pulak yang kata..."If I were you... I won't do anything. I'll just pampered myself...!!". --> Me..?? Not doing anything?? Macam tak kena aje kan... Masa your wedding dulu, mungkin gak you tak buat apa-apa pon... Sabar aje lerr...
Apa pun, kita tolak tepi anasir negatif itu.. I just to be positive. Semoga segala yang dirancang dan perjalanan majlis itu lancar. Amin.
p.s --> ini hanya lah curahan hati DayBab... ignore kan aje..

CheckList...

Checklist for DayBab's Wedding
1.
Bilik Pengantin & Bilik Mandi Pengantin
-bedspread

-curtain
-carpet
-dressing table
-flower arrangements
-bed crown ( optional)

2. Bride / Groom
-Baju Akad / Persalinan ? Pasang
-Make Up
-Accessories
-Tudung
-Headgear / crown / tiara
-Shoes

3. Hantaran

4. Pelamin

5. Catering
-Khemah
-Catering - Food
-Meja Pengantin

6. Invitation Card
-Guest List
-Delivery - By hand / post

7. Photography / Video

8. Bride's Maid / Flower Girls

9. Wedding Cake ( optional )

10. Directions to the House
-Signage

11. Bunga Manggar

12. Bunga Telur
-Guest
-Main Table
-Children - sweets

13. Kadi / Jurunikah

14. Floral Arrangement for the house ( optional )

15. Inai

16. Akad Nikah untuk Pengantin Lelaki
-Bantal Akad
-Mikrofon

17. BUDGETING FOR WEDDING THE MOST IMPORTANT

Cuti Panjang Lagi....

Cuti panjang lagi.. Kisahnye, kali nie coz perayaan Thaipusam. Thanks to Hindraff sebab telah membuat kecoh dan akhirnya, Wilayah Persekutuan pon dapat cuti sama. Selama nie hanya Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak dan Selangoe aje yang menikmati cuti pada Thaipusam.

Dikesempatan ini, DayBab mengambil peluang tuk settlekan beberapa perkara yang tidak dapat dilakukan semasa hari bekerja. Al-maklum aje ler, tinggal 2 minggu aje lagi sebelum my "BIG Day!!" dan debaran semakin terasa... Waduuhhhhhh...

Semoga segala perancangan dan perjalanan majlis tu nanti berjalan dengan lancar. Semoga Allah merahmati dan memberkati majlis itu nanti. Amin.

Esok, wedding favors DayBab sampai. Dah boleh start acara mendecorate. Simple-simple aje... ;-) Hujung minggu nie, pasti ada yang datang berkunjung. Sama-sama memeriahkan suasana. Kad, insya-Allah by this week akan habis di-distribute. Pening jugak bab nak distribute kad nie. Tapi, Alhamdulilah... semuanya dapat diatasi.

Perabot kat umah tu dah boleh start dikemas dan dibawak turun ke stor. Stor yang dirancang pada suatu hari nanti akan diconvert menjadi pusat tuisyen. Insya-Allah.

Bab pelamin dan hal-hal yang berkaitan dengan nye, hampir settle. My baju for reception akan siap 10 Februari nanti. Kasut, still dalam prosess. Baju nikah DayBab and abg Gendy... Alhamdulilah dah ok.!!!! As for my flower gurls... Baju they all dah DayBab jahitkan lace. Memang betul ler, dari baju kurung yg plain... terus berseri bila tambah lace. Ni tengah dalam dilema nak jahit kat lengan atau tidak coz lace tu tak cukup... sedih nye... Mungkin aje untuk my 2 cousins... itu tak final lagi. Ingat nak ajak Tini gi SSF tuk cari lace tu. Mana tahu, stok baru sampai??!!!!!

Baru-baru nie, DayBab ada isu ngan my photographer and videographer pasal payment. Alhamdulilah, semuanye dah ok. I don't really need all this nonsense at this time when I am focusing and planning my BIG Day! Hangin ajeeee...

This weekend actually acara mengecat bilik. It will be really fun!!! Yeehhhaaaaaa.... DayBab dah pilih color Toffee Cream tuk dinding tu nanti. Semoga semuanya ok...

Inai.. Niat dihati nak buat inai yang bercorak tu. DayBab dah browse dan bertanya beberapa orang pasal design and price. Alamak.. ada yang cantik, harga pulak mahal sangat! Yang ok... design pulak kasar... Pening gak nie. Mungkin petang tu nanti DayBab gi aje kat Masjid India atau Brickfields.

Semoga weekend nie weekend yang produktif bagi DayBab sekeluarga serta kepada semua... ;-) Bagi yang akan balik kampung, hati-hati dijalan raya.

February 4, 2009

Peringatan Kepada Yang Memboikot.....


Tahniah.. kepada semua yang berusaha untuk memboikot barangan Amerika yang menyokong kuat Israel. Believe it or not, boikot kita sudah semakin berhasil! Baru-baru ini, sebuah syarikat produk yang diboikot melahirkan kebimbangan kesan dari boikot ini, yang menurutnya turut menyebabkan kerugian umat Islam sendiri.
Dari sudut positifnya, kebimbangan yang diluahkan membuktikan bahawa kedudukan syarikat tersebut adalah vulnerable @ boleh digugat dengan boikot ini! Ternyata sesiapa yang mengatakan boikot ini adalah usaha remeh, tidak ada kesan dan sebagainya, pernyataan tersebut adalah silap sama sekali!
Memang silap..!!!
Keegoan dan keangkuhan Amerika dalam bidang ekonomi sedang jatuh merudum, hari ini berita BBC melaporkan Presiden dipilih, Barrack Obama mengatakan ekonomi USA sedang ‘SANGAT SAKIT' dan sangat serius masalahnya.
Rakyat Amerika yang kehilangan kerja semakin ramai. (Sumber dari sini).
Jika Amerika sedang merudum dengan laju teruknya, UK setiap hari berita parahnya semakin menjalar, sehingga nilai Pound Sterling jatuh menjunam hampir sama malah pernah lebih rendah daripada matawang Euro. Kes buang kerja tidak henti-henti, pasaraya dan syarikat besar satu demi satu bungkus seperti Woolworths, MFI dan banyak lagi, menghidangkan kebanjiran pengganggur.
Dari cerita Mak Ngah yang baru pulang dari menjenguk anak-anak nye di New York, banyak kedai-kedai yang tutup. Liquidation sale and clearance sales berlaku dibanyak tempat. Dengan penutupan kedai-kedai ini, kadar pengangguran semakin meningkat.
Bagi Daybab, bukan semua rakyat Amerika dan UK yang sukakan keganasan dan peperangan. Sebahagian dari mereka, sukakan keamanan.. Peace No War!! Itu lerr dia, akibat nila setitik.. rosak susu sebelanga. Akibat pemimpin yang mementingkan diri sendiri, rakyat yang menjadi mangsa.
Akhir kata, teruskan usaha kita untuk MEMBOIKOT!!!!
-hasil rujukan dari Ustaz Zaharuddin.net