March 31, 2009

MC...

Since semalam, leher DayBab sakit yang amat sangat hingga payah nak bergerak. Ada kalanya, terasa gak macam nak muntah. DayBab bertahan juga diopis kerna tiada siapa nak cover and jaga opis. DayBab ingat, bila dah sapu balsam.. sakit tu akan hilang. Emmm... harapan ku meleset.
Pagi tadi, lepas hantar Abang Gendy gi meeting, DayBab gi Klinik Ahmad Nizam. Lama gak nak tunggu giliran walaupun patient tak ramai. DayBab suka gi klinik tu sebab doktor dia memang best.
Masa nak buat pendaftaran, DayBab inform kat minah tu.. kad DayBab dah hilang. So, dia mintak IC and buat kat baru. Tanpa bertanya, dia terus tulis nama DayBab dengan perkataan "Puan" dihadapan. Tercenggan jap... Betul jugak yea, sekarang DayBab sudah "Puan" dan bukan lagi "Cik"!!
Bila tiba giliran DayBab, terus DayBab explain kat doktor sakit yang DayBab dok tanggung dari semalam. Katanya, DayBab mengalami gangguan saraf. Sakitnya memang teramat sangat. Doktor pon suruh DayBab baring coz dia nak kasi injection.
Injection??? Biar betul nie..??!!! Tak dapat ku bayangkan...
Alhamdulilah, sakit nya tidak seperti yang ku bayangkan. Sekejap aje dan tak rasa sakit pun.
Selepas tu, doktor kasi tahu yang dia nak DayBab rehat.. at least for 2 days.
2 days?? Biar betul nie???!!!
Hehehehehehe... so, sekarang nie DayBab sedang MC dan nak rehat. Namun begitu, masih ada oderan kek yang perlu disiapkan.
Ada yang nak order kek????

March 30, 2009

Sedih...

DayBab sedih sungguh... sangat sedih...

March 27, 2009

DayBab yang mengantuk.... ZZZZzzzzzz

Hari nie, DayBab mengantuk tahap baban. Mana tak nye, bobok 3 jam aje.
Kisah nya begini... Tini balik dengan khabaran gembira pada hari Rabu. Kata nya ada oderan fruit tartlets 30 biji. Seronok DayBab mendengar nya... "$$$$$$$"... Then, the next day.. Tini call. Kata nya ada tambahan order.. so total amount fruit tartlets yang perlu disiapkan adalah 64 biji semuanya.
So, semalam DayBab mula menjalankan operasi pada pukul 8 malam. Proses mengadun dan menguli dimulakan. Disusuli dengan proses membakar. Ingatkan nak stop kat situ dulu... tidak!! DayBab teruskan dengan mengatur tart ke dalam kotak. By the time semua siap, jam di dinding sudah pukul 2 pagi. DayBab pon panjat katil sambil set alarm.
Tepat jam 5 pagi, DayBab terkejut bila mendengar alarm hp. Kaget jugak coz DayBab dok ingat yang DayBab dah kesiangan. Nasib baik...
DayBab pon siapkan semua tartlets tu.. *gambar nanti yea..* By the time pukul 6 pagi, DayBab selesai menyiapkan semua nya. Waduh, capek nie....
Sempat lagi DayBab bobok balik. Bila bangun balik.. waduh, sakit seluruh badan ku ini.. huk.. huk.. huk..
Kalau ikutkan Abang Gendy... bobok balik. Tapi, DayBab terus ke kantor selepas menghantar Abang Gendy.
Tadi, masa lunch.. DayBab pulang and sempat bobok jap... Walaupun penat, satu kepuasan yang sungguh maksima dapat dinikmati. Lebih happy bila dapat duit hasil jualan daripada Tini. Esok, nak kena stock up. Alhamdulilah, next week ada oderan lagi. Semoga sukses perniagaan kecil-kecilan ku ini hingga bisa membeli oven yang lebih GEMPAK!!
Insya-Allah.

March 26, 2009

Apa Nak Jadi...???


Semalam, Pemilihan Umno untuk Pemuda, Puteri dan Wanita telah diadakan. Keputusan yang kluar walau lewat, tetap DayBab tunggu dan nantikan.
Sungguh mengejutkan!!!
Tan Sri Rafidah telah kalah pada Datuk Seri Shahrizat yang telah kalah pada pilihanraya umum yang lalu. Namum, kekalahan pada pilihanraya tidak mengubah apa pun. Beliau telah diangkat sebagai Ketua Wanita Umno!
Ini adalah pilihan UMNO...
Bagi Pemuda pula, Khairy yang merupakan calon yang bermasalah dengan Lembaga Disiplin UMNO, bermasalah dengan keputusan pilihanraya di Parlimen beliau, malah terlebih utamanya, bermasalah dengan rakyat telah menang sebagai Ketua Pemuda Umno!! Beliau telah menewaskan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir.
Ini adalah pilihan UMNO....
Bagi DayBab, UMNO sudah tidak relevan!! Apa kemahuan rakyat, bukan kemahuan UMNO. Masing-masing mementingkan diri sendiri dan tidak langsung pikirkan pasal rakyat.
Apakah kesudahan nya nanti??

March 24, 2009

40 Tips for Better Life...


40 Tips for Better Life
1. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile.
2. Sit in silence for at least 10 minutes each day.
3. Sleep for max 7 hours.
4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy.
5. Play more games.
6. Read more books than you did in 2008.
7. Make time to remember God. This will provide daily fuel for our busy lives.
8. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
9. Dream more while you are awake.
10. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants.
11. Drink plenty of water.
12. Try to make at least three people smile each day.
13. Don't waste your precious energy on gossip.
14. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
15. Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment..
16. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
17. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.
18.. Smile and laugh more.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
20. Don't take yourself so seriously. No one else does.
21. You don't have to win every argument. Agree to disagree.
22.. Make peace with your past so it won't spoil the present.
23. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.. Don't compare your partner with others.
24. No one is in charge of your happiness except you.
25. Forgive everyone for everything.
26. What other people think of you is none of your business.
27. Allah SWT (GOD) ! heals everything.
28. However good or bad a situation is, it will change.
29. Your job won't take care of you when you are sick. Your friends will.Stay in touch.
30. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.
31. Envy is a waste of time. You already have all you need.
32. The best is yet to come.
33. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
34. Do the right thing!
35. Call your family often.
36. Your inner most is always happy. So be happy.
37. Each day give something good to others.
38. Don't over do. Keep your limits.
39. When you awake alive in the morning, thank Allah SWT (GOD) for it.
40. Please forward this to everyone you care about.

Rasullulah Says....

The Holy Prophet (SAW) Said:
1) Four things that make your body sick:-
a) Excessive talking
b) Excessive sleeping
c) Excessive eating and
d) Excessive meeting/outing with people


2) Four things that destroys the body:-
a) Worrying
b) Sorrow (Sadness/Grief)
c) Hunger
d) Sleeping late at night


3) Four things that make the face looking dull and haggard:-
a) Lying
b) Being disrespectful/impudent (knowingly)
c) Baseless arguements
d) Excessive immorality (committing sins without fear)


4) Four things that make the face glow and shine:-
a) Piety
b) Loyalty
c) Generosity and kindness
d) Helpful to others without being asked


5) Four things make the Rizqi (Sustenance) stop:-
a) Sleeping till late in the morning (from Fajr to sunrise)
b) Not Performing Fardhu or Irregular in Prayers
c) Laziness/Idleness
d) Treachery/Dishonesty


6) Four things that bring/increase the Rizqi:-
a) Staying up in the night in prayers
b) Excessive Repentance
c) Regular Charity
d) Zikr (Remembrance of Allah)


The Holy Prophet (SAW), also said to communicate to others even if it is just One Verse (Ayaah), for this one verse will stand out on the Day of Judgment for intercession. Allah Hu Alam.

The Holy Prophet (SAW) said, " Stop doing everything during the Azaan, even if you are reading the Quran.

Earth Hour - Malaysia...

Tanggal March 28th, 2009 dari pukul 8:30 - 9:30pm... Earth Hour dilancarkan. Apa yang perlu kita lakukan?? Senang aje... Matikan semua lampu dan alatan elektrik anda. Yang pasti, kita boleh lakukan perubahan. Mereka mensasarkan 1 billion penduduk dunia untuk menyokong usaha ini.
-->Here are 10 different ways to spend Earth Hour and reduce your carbon footprint:
1. Attend a local Earth Hour event or organise your own by throwing an Earth Hour street party with your neighbours
2. Gather family & friends for a night picnic in your local park and look at the stars
3. Enjoy a family dinner by candlelight
4. Organise a treasure hunt in the dark
5. Take the dog for a night walk
6. Have a candle-lit bath
7. Sit in the dark and share stories
8. Organise a family night playing board games
9. Share a romantic night in with your loved one
10. Upload your ‘on the night’ photos and videos to flickr and YouTube respectively, and then add them to the Earth Hour flickr group and the global YouTube Group.
Earth Hour Executive Director, Andy Ridley, is encouraging people to participate in whatever way they choose and to think beyond the hour.
“There are no hard and fast rules surrounding participation in Earth Hour. We only ask that you flick that switch and have fun doing whatever you choose to do during that time.Make Earth Hour work for you. Families with young children should feel free to turn their lights off earlier than 8:30pm and for those having too much fun in the dark during the hour, don’t feel you have to limit yourself to one hour and switch back on at 9:30pm.” dipetik dari Earth Hour.
VOTE EARTH by simply switching off your lights for one hour, and join the world for Earth Hour.Saturday, March 28, 8:30-9:30pm.
-->DayBab tertarik dengan yang nombor 2 diatas. Menarik jugak... picnic kat luar rumah sampai perhatikan KL Tower dan KLCC yang bergelap...
So, amacam geng?? Support Earth Hour. Kita padamkan lampu untuk sejam pada Sabtu ini!

March 23, 2009

Outdoor... Putrajaya

Gambar outdoor... hehehehehe. Gambar DayBab and Abang Gendy setelah sebulan diijab kabulkan... I like...!!!!
Gambar with the group...!!!

Sebulan Telah Berlalu....

Alhamdulilah, semalam - 23.03.09, merupakan ulang tahun perkahwinan DayBab yang ke-sebulan. Macam tak sangka pon ada gak. Cepat aje masa berlalu...
Banyak pengalaman yang DayBab lalui.. yang manis dan sebaliknya. Namun, itu adalah asam garam rumahtangga. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Kita pelajari dari kesilapan dan belajar tuk perbaiki diri agar bahagia hingga ke akhirat kelak. Insya-Allah...
Semalam we all gi ambik outdoor photo shot kat Putrajaya. Bukan apa, sepatutnya on our wedding day, we all gi buat outdoor shot. Memandangkan hari hujan, outdoor pon tak jadi ler. So, kita arrange to some other days. Dari seminggu ke satu minggu yang lain, masing-masing dok busy. Habisnya, semalam baru kita buat.
Pada March 9th, 2009 yang lalu - cuti Mulidur Rasul, DayBab and hubby organise tea party diumah. Majlis sempena Pembubaran Panitia. Kami amat berterima kasih pada semua sanak saudara yang telah mem-gempakkan majlis perkahwinan kami yang lepas. Tanpa bantuan dan buah fikiran mereka, DayBab rasa majlis itu tak akan se-gempak itu...
Terima kasih buat semua...!!
Acara pada petang itu bermula pada pukul 4pm onwards. Sapa yang masak??? DayBab?? Tidak mungkin... Untuk acara petang itu, DayBab order laksa Johor, roti jala, dan beberapa loyang kuih talam. Selebih nya, DayBab buat popia vege, popia pisang, cheese brownies and chocolate cake. For the kids, we fried some cocktail sausages and some fishballs.
Chocolate cake?? Yup.. DayBab buat moist chocolate cake tuk Uncle Ucop. Kebetulan, birthday Uncle. Chu dah inform kat DayBab and mintak DayBab buat chocolate cake. From the look on his face, Uncle betul-betul terkejut.... hehehehehe... and, everyone enjoyed the cake.
Alhamdulilah, majlis selesai pukul 8pm. By the time selesai berkemas... almost midnight.
Next following day, DayBab and Abang Gendy gi lunch kat Restoran Berputar Seri Angkasa, KL Tower. Actually, we all dapat lunch voucher from Chu. Chu pulak dapat hasil cabutan bertuah Pertama. Last year Chu dapat dinner for two kat Concorde Hotel. Yang tu, DayBab gi ngan Tini. Kenyang gilerrr...
We all arrived kat sana kurang lebih kul 1pm. Spend about 2 hours kat atas sana.... Best gak makan sambil menikmati panorama Kuala Lumpur yang indah.
Makanan??? Boleh lerrrr... Not that great, tapi ok lerrrr...
Then, on March 17th, 2009 DayBab dapat present... wedding present. Kali nie, hadiah dari Management and Staff opis. DayBab dapat thermos pot. Masa dapat tu, they all hantar kat opis. Niat dihati... nak aje bukak kat opis. Tapi, DayBab tunggu sampai balik dan bukak sekali ngan Abang Gendy. Best gak hadiah tu, dan sekarang we all dah pakai kat umah.
Maka, air panas sentiasa ada dirumah. Senang lerr bila DayBab nak buat Milo es and bancuh oat tuk Abang Gendy...
Sebulan yang indah sudah berlalu... semoga DayBab dan Abang Gendy berbahagia selalu menempuhi hidup ini hingga ke akhirat kelak, Insya-Allah.
Amin.

March 21, 2009

Small Gathering @ KLCC, March 11th, 2009...

March 11th, 2009, DayBab berkesempatan bertemu dengan teman-teman sekolah di CBN dulu. Perjumpaan yang kecil, tapi sungguh meriah. Pada mula nya hanya Helie and Ita nak berjumpa diKLCC... pastu DayBab dok menyibuk. Hehehehehe... Akhirnya, kita berkumpul berlima. Kami merancang untuk berkumpul di FoodCourt- 2nd Floor pada kul 6 lebih kerna ada yang berkerja.
DayBab bertembung dengan Ros dihadapan Guardian. Seronok nya, bertemu rakan sekolah lama. Maklum aje lerr, hampir 13 tahun tidak ketemu. Ros datang dengan anak lelaki nya, Jeffry. Sungguh comel dan sungguh lucu.
Pastu, bertemu dengan Ita kat FoodCourt. Minah tu dah lama sampai kat KLCC sampai dah buntu nak buat apa. Akhirnya dia melepak kat FoodCourt... Kita berborak sambil meng-update tentang perkembangan masing-masing sambil bertanyakan khabar tentang kawan-kawan yang lain.
Kemudian, Helie pon sampai dan disusuli oleh Aza... Sambil makan, sambil kami buat bising kat FoodCourt tu. Satu yang mereka notice, gelak tawa ku... masih tak berudah sejak zaman sekolah dulu.
Memang seronok berjumpa dengan teman-teman sekolah.. Bulan April nanti, ada they all organise gathering. Tapi, kenapa respond nye kurang meransang kan?? Semoga ramai yang akan datang tu gathering tu nanti, Insya-Allah.
Nikmati lah beberapa gambar yang sempat DayBab capture masa small gathering diKLCC tempoh hari... Enjoy!!!

Pet Society Madness...

Apa nak jadi ngan DayBab nie...?? Pet Society Madness melanda... Asal ada kesempatan aje, pasti pet society yang dimainkan.. tak kira dimana saja.
Mula-mula dulu, dok main suka-suka aje. Pastu, lama gak DayBab tinggalkan hingga habis Comot daybab tu busyuk dan kelaparan. Nasib baik ada friends yang prihatin, tolong jagakan Comot daybab tu.
Sekarang nie since Tini pon dah start main Pet Society, DayBab pon semakin teruja. Point semakin meningkat. Permainan penuh dengan strategy. Saban hari, bertambah pulak bilik kat umah Comot. Rumah pon dah upgrade...
Best nye... Amacam?? Kalau yang dah ada FaceBook tu, jom lerr main Pet Society. DayBab guarantee.. pasti akan ketagih punya.
Selamat bermain...!!!

March 16, 2009

63 Petua Bahagia Berumahtangga oleh Dr. Fadzilah Kamsah...

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6.. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira 'gerak batin' (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi 'menang-menang'.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan 'pasangan'.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut 'I love you' sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

19 Hadith Mengenai Wanita...

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a..w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Rahsia Membina Rumahtangga Bahagia...

Apakah rahsia membentuk rumahtangga muslim yang bahagia?
Ingatlah para isteri yang dikasihi Allah SWT, antara ciri-ciri sifat isteri yang solehah itu apabila dia taat kepada Allah SWT, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dan suaminya. Selain itu, menjaga sembahyang lima waktu, berpuasa dan menjaga maruahnya. Maka masuklah dia ke dalam syurga mengikut mana-mana pintu yang disukainya. Berazamlah untuk menjadi isteri yang solehah. Sebaik-baik pemberian ke atas sesebuah rumahtangga itu ialah isteri yang solehah agar dapat membina keluarga sakinah.
Begitu juga, para suami yang soleh, mereka adalah ketua dan pemimpin keluarga, mengajarkan ahli keluarga ilmu-ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah agar tidak membiarkan isteri mereka berada dalam kejahilan. Suami yang soleh juga akan memberikan makan, minum, pakaian, kemudahan tempat tinggal, memberikan perlindungan dan melayani isteri dengan baik. Suami juga perlu banyak bersabar, menunjukkan contoh yang baik, memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada isterinya, mendidik, menegur isteri dengan penuh berhikmah, saling berlapang dada dan pemaaf.
Namun, apa yang dibimbangi ialah janganlah disebabkan apabila seseorang selepas alam berumahtangga membuatkan dirinya semakin jauh dari rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Semasa bujangnya beliau terkenal dengan kuat sembahyang sunat, puasa sunat, berzikir dan bersedekah telah berubah. Kehidupannya berubah menjadi seorang leka dan selalu menyibukkan diri dengan anak isteri, bekerja keras untuk mengumpul harta dan mengejar kemewahan semata-mata untuk keluarga. Alangkah ruginya hidup yang fana ini sekiranya apabila memasuki gerbang rumahtangga itu menjadikan dirinya semakin jauh dari Allah SWT. Titik tolak kebahagiaan rumahtangga adalah bermula dengan pemilihan jodoh yang tepat seperti mana yang disarankan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam...

March 13, 2009

My beloved... Chom!!

Dedicated especially to Chom...
Selalu nya pagi-pagi dah balik umah kalau malam tak bobok ngan DayBab.. tapi, sejak kebelakangan nie... jarang benar dia balik. Dok ke hulu dan ke hilir dengan kucing lain.. Rasa nya, dah musim mengawan kot...
Rindu dengan kehadiran Chom kat umah... Kalau kat umah pulak, ada kala melepek kat atas sofa.. kalau tak pon, buat bising mintak disediakan makanan.. lepas makan, terus lesap.
Time mandi.. paling payah. Bising ya amat.. Kalau tak dimandikan, bulu nya yang putih.. dok jadi warna kelabu. Selesai mandi.. sun bathing. Pastu, makan. Lepas makan, tido...
Itu lerr dia.. Chom, kucing kesayangan ku...

Godek-godek...

Godek-godek almari... jumpa gambar masa gi New York (2004). Kat opis lak, bosan tak ada keje. Apa lagi... scrapblog jugak lerrr... So, ini lah hasil nye...
-visit NYC year 2004.. masa tu bawak Aiman jumpa Nenek and Atuk. Kebetulan, Julia pon ada kat sana... ada lerr teman nak berjalan. Sempat gak tido semalam kat umah Auntie Samsiah..-

- Times Square... Broadway...-


-Seronok dapat jejak kaki ke NYC.. dapat lihat dengan lebih dekat Statue of Liberty, Ellis Island, Empire State Building, Central Park dan banyak lagi.... -


-My sweet memories...-


-New York... New York... The city that never sleeps.... ZZZZzzzzzz-

Bila tak ada keje....

Bila tak ada keje... Ini lah hasil nya...
-bosan kat opis?? apa lagi... scrapblog lerrr... -


-gambar-gambar yang ada... dimanfaatkan... -

-mengabadikan saat-saat istimewa... -

March 12, 2009

"Rezeki tu Allah yang bagi, ikut jalan macamana pun insyallah ada...jgn risau..."

Whats my plan??

DayBab start keje ngan company sekarang nie bulan July, 2008. Tak sampai pon setahun lagi.
Al-kisah nya begini... Contract company ngan VW akan berakhir bulan March nie. Hala tuju company, masih samar-samar lagi. Dari apa yang didengar, March 16th nanti akan diadakan satu meeting bagi membincang kan tentang nasib kami.
Ada ura-ura yang mengatakan BIG BOSS akan menawarkan VSS. Brapa?? Tak tahu lagi...
Kalau masih ada yang mahu meneruskan perjuangan bersama nya, gaji bakal dideduct 30-35%. Deduction ini bukan sikit-sikit... begitu banyak jugak impak nye. Boss tawarkan VSS mungkin kerna nak jadi reputasi nya. Takkan nak buang orang kot?? Nampak sangat macam tak professional.
Kata kan kalau DayBab stay, gaji dah kena deduct. Pastu tolak pulak dengan EPF... brapa sangat yang tinggal?? Ada yang kata at least ada.. daripada tak ada langsung. Entah lerrr... Dengan hala tuju company yang tak menentu... ada jugak nanti dapat gaji sikit-sikit... Aduuhhhh!!!
Atau... DayBab dalami ilmu pasal baking and decorating. Jadikan ini sebagai sumber pendapatan DayBab. Duit dari VSS tu, DayBab buat beli oven, gi class and buat sebagai modal pusingan. Insya-Allah... bisa suksess!
Apa-apa pun... DayBab tunggu aje apa yang akan diperkatakan dalam meeting itu nanti. DayBab terbuka kepada cadangan-cadangan untuk langkah seterusnya...

What is Voluntary Separation Scheme (VSS)?

Nowadays, there are a lot of companies that engage themselves in Voluntary Separation Scheme (VSS). Here is the big question, what is VSS and is it a right approach to be adopted by the companies and organization all over the world?
Voluntary Separation Scheme (VSS) is a scheme where employees are allowed to resign voluntarily from companies or organizations by receiving fair compensation. The purpose of companies implementing VSS is to cut down the number of employees working in the companies so that the overhead cost especially staff cost can be reduced. The employees will be given a reasonable compensation to resign from the company.
Normally, the companies choose not to fire their employees in order to reduce the number of employees. It is because firing employees will lead to a bad reputation to the companies. Before implementing Voluntary Separation Scheme (VSS), the companies need to get approval from the government. One of the criteria the government considers in approving VSS is that the company is not making or losing money for a long period of time. By doing this, the government can ensure that the companies are not using VSS for their selfish gain.
Voluntary Separation Scheme (VSS) is one of the alternatives for companies to cut down the overhead cost. However, there are people claiming that VSS is not an appropriate action for the companies to cut down their cost. It is mainly because some of the organizations abuse the usage of VSS for their selfish gain. These irresponsible organizations might use VSS in order to facilitate the restructure of the organization. Some companies retrenched workers not because of the economic slowdown but to facilitate the relocation of their operations to countries offering them tax-free status. It shows that there are some companies use VSS not to cut down the cost but for other purposes.
However, VSS has its advantages and disadvantages. Government should enforce strict legislations to ensure that the companies follow the rules and regulations. Most importantly, government needs to monitor the implementation of VSS in the companies to prevent the companies from abusing the usage of VSS. In this condition, we believe that the disadvantages of VSS can be wed out with the co-operation of the government and the public. As the disadvantages of VSS reduced to the minimum, VSS might be a right choice for the companies to cut down their overhead cost.

March 11, 2009

Wedding photo...

My wedding pictures tak siap lagi... :-(
Al-maklum aje lerrr... custom album. Kalau sticky album, pasti dah siap.
Kat fotopages photographer tu ada lerr few pictures... Kata nya, it will take dalam sebulan jugak lerr nak siap. Outdoor photo pon tak dan nak buat... Abg Gendy dok busy, pastu.. kalau weekends aje.. pasti keadaan cuaca tidak mengizinkan..
Tak sabar nye nak nonton video dan lihat photo album nye.... ;-)

March 5, 2009

Teringin... atau mengidam...??

Dari hari tu dok terbayang nak makan steam bot. Kebiasaan nya kalau makan steam bot, pasti di Ikano. Mungkin sebab harga nya yang berpatutan.
Bayangkan makan dengan kuah tomyam atau sup ayam yang panas-panas. Waduhh... enak banget.
Kalau nak tahu, DayBab ada dapat 2 set of steambot pot for my wedding gifts. Yang satu tu, tu steambot aje... yang satu lagi, siap ada griller. Entah bila ler nak pakai tu.... hehehehehehe
Nampak nye, nanti ber-steambot sakan ler kita kat rumah nanti...
- Nie conbo set... boleh makan tuk berdua...-

-Nie pulak bila kita tengah rebus tuk dimakan.... yuuummmmyyy...-

Kisah nye...

Begini cerita nya... Semalam dalam pukul 5:15pm, DayBab menerima SMS dari Abg Gendy. SMS itu berbunyi begini : "am goin to hsptal ampg wth tini. kepala rasa nak pitam, kaki lemah". DayBab benggong jap selepas membaca sms nya itu. Terus inform Big Boss dan gerak ke Hospital Ampang.
Tapi, kenapa Hospital Ampang?? GH kan dekat?? Entah ler... mungkin hospital tu ada sentimental value pada Abg Gendy. Hanya dia yang tahu...
Sepanjang perjalanan.. DayBab dok terpikir. Apa pulak yang silap kali nie?? Salah makan ke?? Sebab masa lunch tadi, Abg Gendy makan Bakso. Mungkin kah sebab banyak sangat makan daging? Entah ler...
Lepas lunch, DayBab drop Abg Gendy kat Avenue K sebab ada meeting. Lepas meeting, balik naik LRT dan jalan kaki ke rumah. Takkan pasal jalan kaki boleh jadi macam nie pulak?? Walking is suppose to be good for you - exercise kan??
Nasib baik jalan tak berapa jam lagi... DayBab sampai hospital within 10 minutes. Tengok-tengok, tini ada kat depan pintu Emergency. Abg Gendy pulak duduk kat dalam. Ujian ECG dah dibuat... tunggu result ler tu...
Sambil menunggu... DayBab dok merayau ngan Tini. Sempat gak ler beli minuman dan pau ayam. Dalam kul 6 lebih, Tini pon gerak balik rumah... meninggalkan DayBab dan Abg Gendy. Thank you, Tini. Tak tahu lerr nak balas jasa baik-mu itu bagaimana..??!!
Tak lama lepas tu, DayBab gi toilet yang ada kat Emergency Department tu. DayBab gi yang paling hujung... and I am very sure tak ada orang lain kat dalam toilet tu. Tetiba, DayBab terdengar seakan macam ada orang kat toilet sebelah. Mengelabah ler DayBab... Tak tentu arah pon ada gak... Apa lagi, cepat-cepat DayBab berlari kluar dari toilet. Sempat gak dok toleh belakang. Gatal kan... pastu DayBab macam terlihat kelibat hitam disebali tiang... Apa lagi, mencanang DayBab kluar dari situ....
Lebih kurang pukul 9pm baru kita beredar dari hospital. Doktor suspect either gastrik atau something with the heart. Buat sementara waktu nie, doktor kasi ubat gastrik dulu. From there, kita monitor perkembangan nya nanti.
Semoga segalanya akan baik-baik saja tuk Abg Gendy....
- hugs and kisses, my love-
Keep your thoughts positive,
because your thoughts become your words.
Keep your words positive,
because your words become your behaviours.
Keep your behaviours positive,
because your behaviours become your habits.
Keep your habits positive,
because your habits become your values.
Keep your values positive,
because your values become your destiny.
~ Gandhi ~
You Get What You Believe In-
the main principle of the Law of Attraction.

March 2, 2009

The Secret...

Al-kisah... MPH ada buat book sale kat National Library. Nak pergi, tak pegi-pegi gak.. Chu pulak dah gi ngan member opis on last Saturday.
Alhamdulilah, Chu dah beli buku nie. I've been wanting to buy this book kerna all this while dok dengar cerita pasal The Secret - Law Attraction. Its a very good book..
So, now DayBab tengah dalam proses membaca buku nie... Hopefully, it will help me and my hubby in so many ways... Insya-Allah.

March 1, 2009

The Deco.....


-Hiasan untuk meja family dari pihak pengantin lelaki...-


-Main table..-

-My awesome wedding cuppies...-

The deco for the DayBab was done by Chu Che' Dah. She had done a very superb job in decorating the house. It really gives a very nice and sweet ambiance. Thank you Chu.. DayBab sunnguh terharu coz DayBab tahu Chu buat keje sampai kul 5 pagi.
Thank you so much!!!
As for the cuppies... Thanks to MHB. Cuppies yang digrab macam pisang goreng panas. Sekejapan aje, cuppies tu dah habis. I really love the simplicity of the cuppies deco.
Thank you, MHB!!!

The Pelamin....

-The Pelamin... -

Ada cerita disebalik pelamin ini.... Apa-apa pun, biar lah ia menjadi rahsia dan antara lipatan sejarah dalam hidup DayBab..
DayBab bersyukur kerna ada teman yang berbesar hati untuk menolong menyelamatkan kisah pelamin ini walau disaat-saat akhir. Alhamdulilah...
Dikesempatan ini, DayBab ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat Abg Azreen and the gang serta Kak Lily kerna sudi membantu. Thank you very much!!!
Ini lah pelamin DayBab... thanks to Touch Gallery..
An awesome job... walaupun keje last minit. The pelamin memang nampak simple tapi, gempak. Something simple dan tak sarat... with the touch of fresh flowers.
The whole house smells really nice especially bila dah guna bunga harum sundal malam... memang wangi!!
Thank you, Touch Gallery!!