July 30, 2009

No Parking atau No Entry ???!!!!

Kisah ini terjadi malam semalam sewaktu DayBab and Abg Gendy nak ke GE Mall. Entah kenapa, we all ikut Jalan Daud untuk ke main road. Jalan tu memang one way and at certain point aje ada jalan dua arah.
Masa kita lalu kata jalan tu, tetiba stuck coz ada beberapa kereta dari arah bertentangan datang dan block jalan. Problem menjadi-jadi bila jalan yang sempit disempitkan lagi dengan kereta yang diparking dikiri dan kanan jalan.
DayBab yang sejak dua menjak nie yang memang cepat naik darah terus lerr nak mengamuk. Abg Gendy bukak tingkap and sound kat minah yang drive Kancil and told her, "nie jalan sehala lerr dik!" Minah tu boleh pulak menjawab, "tak.... boleh masuk lerrrrr...!!"
DayBab benggang lerr bila minah tu menjawab. Dah lerr menyusahkan orang lain. Lepas tu, DayBab suruh Abg Gendy bukak tingkap balik sebab DayBab nak tunjuk papan yang besar kat depan dia. DayBab kata kat dia... "tak nampak tu..??!!! tu kan dah kata.. NO ENTRY!!!"
Minah tu boleh jawab... "bukan lerrr... tu kata NO PARKING!!"
Tergamam DayBab jap... Minah nie dapat lesen terbang ke??? Atau, DayBab yang salah???
Sungguh ku tak puas hati....

July 24, 2009

Baju Kurung For Sale!!!!

Baju kurung for Sale!!!
Raya kan dah nak dekat... dah tempah baju kurung ke??? Kepada sesiapa yang berminat nak beli ready-made baju kurung, DayBab ada few collection of ready-made baju from India. Baju nie datang dalam size S, M, L dan XL.
Baju kurung nie 100% cotton and satu set harga nya RM380.
So, sila lah jamu mata anda dengan baju kurung nie and kalau berminat... sila email ke mariawaheeda@gmail.com
Enjoy!!!!


July 14, 2009

Stomach Cramps...

Semalam... I had stomach cramps... Nak kata the worst, maybe lerr for now. But, in the future... DayBab tak sure lagi.
Stomach cramp nie terjadi pada waktu pagi... waduh, nak bangun punya lerrr payah!! Sakit yang amat sangat..
Bila kesakitan tu dah reda sikit, DayBab gi klinik.
Al-kisah, doktor tu kata... nie simptom yang normal. Perut tu nak adjust! Lagi pulak, ni kira first pregnancy at later age...!! Later age???!!! What???!!! Terasa diri ini dah tua.. huk.. huk.. huk...
Nie, petikan yang DayBab jumpa pagi nie:
"Pains in the stomach alone are rarely a sign of a serious problem. Carrying a baby puts a lot of pressure on muscles, ligaments, veins and the rest of your insides, so it's not surprising that you feel some discomfort, particularly in the midriff. Most of this can be eased by getting into a new position or finding a way to relax. If other symptoms are present, they may be a sign of a more serious problem."
Semoga semua nya akan ok... morning sickness pon, Alhamdulilah dah semakin hilang. Untill now, DayBab masih tak geng dengan A.Y.A.M!!! Next week, ada appointment ngan gynea. Dapat lerrr DayBab tengok perkembangan baby kat dalam perut nie... yehaaaaa!!!

July 8, 2009

Claypot Chicken and Mushroom... without Chicken!!!

Semalam, DayBab gi lunch ngan member-member opis kat GE Mall. Mula-mula dok teringin nak makan susuhi. Pastu, kat Cold Storage dah tak jual sushi... :-(
Then, we decided to makan kat food court. Masa dok tengok-tengok tu, DayBab teringin lak nak makan Claypot Chicken and Mushroom Rice.
So, DayBab pon gi beratur and bila sampai turn... DayBab pon order lerrr.
"Kak, saya nak Claypot Chicken and Mushroom Rice tapi, saya tak nak ayam." Kakak tu dengan muka confuse pon terus mengangguk kan kepala.
10 minit kemudian, kakak tu pon panggil balik DayBab. Nasi nya udah siap. "Adik vegetarian ke???... Tak kak, cuba masa pregnant nie saya tak lalu nak makan ayam... "
Dengan senyuman yang panjang lebar, DayBab pon terus ke tempat duduk dan makan... Memang yummmmmyyyy....
Malangnya, portion yang selalu nya DayBab dapat habiskan... kali nie, DayBab makan tak habis. Walau apa pun, DayBab memang kenyang dan sungguh puas hati.
Thanks geng... sebab ikutkan nafsu ibu mengandung nie!!


July 7, 2009

Mangga....

Sejak pregnant nie, DayBab pantang nampak buah mangga. Pasti mahu...
What i observe, selera lebih pada buah mangga yang manis dan masak... memang yummmyyyy. I can have it for breakfast... selera nak makan benda lain pon tak ada. Lagi pulak, makan buah kan baguiihhhh...

Ada sekali tu, DayBab teringin sesangat nak makan mangga masam. Makan lak dengan cicah dengan kicap + cili padi... memang yummmmyyyyy... Kalau ikutkan Abg Gendy, memang dia tak kasi. Tapi, bila Mama slow talk dengan dia... DayBab dapat green light tuk beli mangga muda. EEeeeeemmmmm... seronok nye!!
DayBab beli mangga muda kat Pasar Chow Kit... tamak tu, beli sampai 5 bijik. Yang terlarat nak makan hanya 2 biji. Akhirnya, mama makan satu biji dengan sambal belacan dan balance 2 biji tu DayBab makan bila mangga tu dah kuning and masak.
Masa mengada mengidam nak makan mangga muda tu, DayBab teringat pulak kat pokok mangga depan rumah.... Masa ada pokok tu, memang puas lerr we all makan...
Pokok... I miss u!!



Nie pulak cerita pasal mangga jeruk... DayBab dok teringin masa gi pasar malam kat Pasar Minggu. Makan tak ada lerr banyak... tapi, rasa nya macam tak patut lak DayBab makan. Mana tahu, ada bahan pengawet ke...???
EEeeemmmmm... apa pon, sekarang nie DayBab memang suka makan mangga manis... yummmmyyyyyy.

July 6, 2009

4 hari MC....

Lama jugak DayBab tak update blog nie. Windu jugak kan.... Bukan nya apa, last week DayBab betul-betul tak sihat. Bermula Tuesday, DayBab start demam dan sakit tekak.
Pagi tu, gi opis macam biasa. Bila demam mula menyerang, DayBab gi klinik yang dekat dengan opis. Doktor kasi ubat and MC. So, Abg Gendy pon datang lerrr menjemput pulang.
Balik umah, makan ubat dan tido....
Keesokan hari nya, badan makin panas. DayBab extend MC. Rehat lagi kat umah. Tapi, selera makan tak ada... :-(
Apa yang makan... keluar balik!!!
Hari Khamis, DayBab gi jugak opis walau badan masih demam. Bila dah tak tahan, DayBab gi balik ke klinik. Demam tak kurang. Kali nie ditambah dengan batuk and running nose. Waduh... tak larat rasanya!
Kali nie, doktor kasi 2 hari MC. Doktor mahu DayBab duduk umah and rest cukup-cukup... So, Abg Gendy pon datang lerrr menjemput DayBab pulang...
Sepanjang MC tu, DayBab missed jumpa schoolmates kat KLCC.... badan tak larat sangat. But am looking forward for the next meeting.
The morning sickness also is not being nice towards me. Apa yang dimakan, akan keluar balik. Tengok tu... tak lalu nak makan. Tengok nie... pon tak lalu nak makan. Sabar aje lerrrr... Now, am adjusting... getting to know what my body and stomach can accept and i will try to avoid apa yang tak patut!
What i notice, ... ayam memang tak leh nak makan and also orange juice!
Hari nie setelah hampir seminggu cuti... DayBab masuk keje balik. Banyak keje yang menanti... ada jugak yang nak cari pasal dengan DayBab. Memang tak ada perikemanusiaan langsung minah tu!!
Apa pon, Enjoy!!!