August 31, 2009

Merdeka..!! Merdeka..!! Merdeka..!!

31 Ogos tahun ini jatuhnya bersamaan dengan 10 Ramadhan. Tiada sambutan besar-besar seperti kebiasaan. Cuma sambutan yang agak sederhana diperkarangan Parlimen.
Kalau seperti biasa, pada malam sebelum kemerdekaan... kita akan dihujani dengan percikan bunga api, tapi... tahun ini agak sunyi sepi.
Apa yang DayBab harapkan agar kita akan sentiasa bebas dari segala bentuk jajahan kerana kita telah merdeka sejak 52 tahun yang lalu...
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-52!

August 30, 2009

Tips Berpuasa Untuk Ibu Menyusu dan Mengandung..

Pejam kelip... dah seminggu lebih kita berpuasa.

Dibawah ini ada beberapa tips buat ibu menyusu dan ibu mengandung bagi menghadapi puasa dengan sukses-nye.

Amat penting untuk menjaga dan mengawal dehidrasi daripada berlaku. Tanda-tanda berlakunya dehidrasi yang teruk:-

* Berasa hendak pitam terutama selepas mengepam dan menyusukan bayi.
* Berasa sakit kepala dan seperti hendak demam.
* Air kencing menjadi pekat dan berbau kuat.

* Terasa loya dan ingin muntah.

* Rasa menggigil.

* Berasa lemah dan sakit otot.
* Mudah marah dan emosi yang tidak stabil.


Bagi ibu mengandung pula, selain di atas:
* Pergerakan bayi yang tidak normal.

* Berlakunya kontraksi.


Untuk mengelakkan dehidrasi yang teruk, amatlah penting untuk kita mengambil makanan/minuman yang mengandungi jumlah cecair yang banyak. Bagi ibu menyusu dan mengandung, sekurang-kurangnya 2liter air sehari diperlukan bagi menjaga keseimbangan bendalir badan.

Antara langkah untuk mengelakkan dehidrasi:-

* Banyakkan pengambilan cecair.

* Makan buah-buahan, bubur, sup dan makanan yang berkuah dan mengandungi air.

* Kurangkan mengambil terlalu banyak gula dan garam kerana ia boleh menarik keluar air dari sel.
* Mengambil vitamin C.
* Berehat secukupnya.

* Mengambil minuman Isotonic seperti Performance Drink.


Kenapa Performance Drink selain minuman isotonik lain? Kerana ia mengandungi kuantiti gula yang rendah berbanding minuman isotonik di pasaran, dan tidak berkarbonat.


Walau bagaimanapun, seorang ibu yang menyusu atau mengandung mesti sedar akan keistimewaan yang diberikan oleh Yang Maha Esa dalam menjalani ibadah puasa, yakni rukhsah atau keringanan sekiranya menghadapi kesulitan. Bukanlah satu benda yang baik untuk meneruskan puasa hingga menjejaskan kesihatan terutama anak yang disusui dan dikandung, kerana ‘hadiah’ dari-Nya sudah disediakan, dan anak itu lebih diutamakan haknya.


Antara petua dan tips lain bagi ibu menyusu di bulan puasa:

* Banyakkan memakan kurma dan makanan penambah susu seperti sayuran hijau, oat, dan sebagainya.
* Jangan skip sahur (lagipun sahur tu sunat).

* Banyakkan sesi penyusuan dan mengepam, terutama di waktu malam dan waktu sahur.

* Banyakkan bertenang.
* Mengambil supplement seperti vitamin B complex.

* Cuba makan dan minum sedikit-sedikit dan kerap pada waktu malam (takut bloated pula bila sekaligus).

* Bawa sebotol air semasa jemaah terawikh dan minum sedikit antara rakaat2.

* Banyakkan berdoa dan berfikiran positif.


Jangan berasa gusar atau bersalah bila terpaksa berbuka (dengan sebab2 yang kukuh, bukan sengaja berbuka dengan menjadikan alasan mengandung/menyusu) kerana kemuliaan seorang ibu yang diberi oleh-Nya, hak anak lebih diutamakan. Tidak ada faedah kalau ibu tega untuk berpuasa, sedangkan anak kehausan dan kelaparan. Walau bagaimanapun, lakukan semuanya untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata, bukan untuk nampak mulia di mata manusia.


Selamat berpuasa dan berbahagia bersama anak tercinta!


August 27, 2009

Sundae..???

Ini lah akibat nye bila melayan ibu mengandung yang sedang mengidam. Masa kat rumah, DayBab dok terbayang nak makan McFlurry. Tetiba, bila sampai ke Mcd... selera DayBab bertukar.
Nasib baik nak makan ice-cream jugak. Kalau tetiba nak makan benda lain..?? Hampehhhh..
So, malam semalam DayBab dok menikmati Chocolate Sundae dengan Abg Gendy. Memang sedap tuk melegakan tekak bila dah berpuasa seharian.
Jap lagi nak makan apa pulak yea...???

August 26, 2009

Apa Nak Jadi...???!!!


Apa nak jadi lerr...???!! Bulan puasa pon masih nak buat kerja tak senonoh nie...
Petang semalam, masa DayBab nak kasi kucing makan (bukan Amott sebab nie makanan yang dia tak habis)... DayBab ternampak dua budak yang amat mencurigakan. Tapi, tak nak lerr syak apa-apa.
Lepas tu, DayBab pon borak japa ngan jiran sorang nie. Masa tengah borak tu... tetiba bunyi macam ada benda kena hampuk. Budak sorang tu dah pecahkan cermin depan dan lari bersama sebuah laptop. Member dia yang sorang lagi tu, tengah stand-by kat atas motor.
DayBab bila menyedari kejadian itu.. mintak jiran DayBab tu gi kejar. Berlari tuk kejar motor??? Boleh ke nak tahan..??
Emmmmmm... budak berdua tu lepas lerrr dengan laptop tu. Kereta Gen2 tu berbunyi lerr alarmnye. Sampai dah nak masuk Isyak baru tuan punya kereta datang balik. Kesian pon ada kat mamat tu. Mana tak nye, gi berbuka puasa... tup, tup, cermin pecah and laptop kena bawak lari.
Masalah nye, sapa suruh dia letak laptop kat depan??? Boleh aje simpan kat belakang tu... Zaman sekarang nie, depa dok memerhati aje. Asal ada peluang, pasti depa cekup.
Kesimpulan nye, sesiapa yang dok ke hulu hilir dengan laptop... sila simpan laptop anda itu baik-baik. Kalau tak, tak pasal-pasal nanti kena curi lerr pulak.
Kita dok ingat bulan puasa, tak ada yang nak buat macam nie. Eeemmmmm.... bulan puasa, perangai macam nie pon ada gak!!!

August 21, 2009

Ramadhan Karim..

Dikesempatan ini DayBab sekeluarga (macam ramai aje kat ... i.e. DayBab, Abg Gendy, Amott and baby kat dalam tummy nie) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan, Bulan yang Mulia ini.
Semoga kita mendapat keberkatan dari-nye dan puasa kita tahun ini lebih baik dari tahun sebelum nye.
Kami juga ingin memohon maaf atas segala salah dan silap, terkasar bahasa atau menguris hati dan perasaan sesiapa selama ini.
Salam Ramadhan untuk semua!!


August 20, 2009

Dah 4 Bulan....

Seperti kebiasaan nye, DayBab akan jumpa doktor dan buat check-up kat Pusrawi seperti yang diatur. Tiap kali ke sana, pasti akan disuruh timbang dan test urine.
Berat DayBab dari bulan lepas ke sekarang masih lagi maintain. Tak ada pulak dia nak naik walau dah makan macam tak hengat dunia. Turun ada lerrrr... nak buat macam mana yea???
Mungkin kah lemak-lemak ku yang berlebihan ini dapat membantu baby dalam tummy??? DayBab pasrah...
As for my urine test... Alhamdulilah, semuanya ok!
Lepas semua test tu, tunggu giliran tuk jumpa doktor. My gynecologist is a lovely woman doctor. I guess, lebih senang gitu. Kurang sikit lerrr rasa malu. Time jumpa doktor, Abg Gendy pon ikut sama masuk dalam bilik.
Kebiasanya, doktor akan tanya perkembangan dan Abg Gendy pon akan bertanya apa-apa yang patut. Lepas tu, doktor akan buat ultrasound sebab nak tengok perkembangan baby dalam tummy DayBab.
Kalau last month, baby baru berukuran 3.5cm... sekarang, tumbesaran nye sudah 13cm. Waduh, sudah nampak tulang belakang nye dia dan DayBab dengar heart beat baby dalam tummy nie. Alhamdulilah, semua nye ok.
Doktor nasihatkan DayBab tuk minum banyak air. Air yang bermineral seperti air barli. Kalau nak minum 100Plus pon boleh. Boleh ke??? Cuma sebotol kecil dalam seminggu aje... :-(
Masa jumpa doktor, DayBab ada juga bertanya pasal Puasa. Doktor kata, DayBab boleh puasa. Provided that sahur biar teratur - jadi, kena lerr bangun sahur sekitar jam 5am gitu. Minum air kena banyak. Makan masa berbuka kena bagus and in between, kena munch something.
Apa pon, Ramadhan tahun nie.. dengan izin Allah, DayBab berazam tuk puasa penuh. Baby dalam tummy nie pon dah kena training tuk puasa... semoga bila besar nanti, rajin dia berpuasa.
Selamat menunaikan ibadah Berpuasa kepada semua...



August 10, 2009

Sudah Jumpa!!!

Akhirnya, petang Khamis yang lepas... Amott ku telah dijumpai. Terik kasih buat semua yang prihatin dan cuba menenangkan perasaan ku sewaktu ketiadaan Amott.
Petang Khamis tu, tetiba DayBab terasa macam nak jerit aje nama dia dari luar jemdela bilik. Tetiba terdengar suaranya meow... meow.. Bila dok dengar balik, suara tu datang dari bawah tangga rumah sebelah. Tanpa berlengah lagi, DayBab pon keluar dan pergi sebelah.
Masa DayBab depan pintu tu, suara dia makin kuat. Cuak jugak nak bukak pintu tu... tapi, DayBab berani kan diri. Ikutkan hati, nak aje DayBab tunggu Abg Gendy kluar dari toilet.
Bila pintu dibuka, Amott pon keluar dari situ. Muka dia memang sungguh trauma. Seolah tak tahu nak gi mana. DayBab cuba nak tangkap dia. Malangnya, dia menyorok bawah kereta lerr pulak. Alik-alik, DayBab cuba guide dia tuk balik rumah.
Sampai aje kawasan rumah, DayBab dapat grab Amott. Terus DayBab peluk dia... waduh, kangen banget dech dengan Amott. Syukur Alhamdulilah, nasib baik jumpa Amott ku yang tersayang!
Terus dia bising, mintak makan. Dah brapa hari dia tak makan agak nye..??
Ingatkan lepas tu dia nak rest atau apa ke kat rumah.. alik-alik, dia dok buat bising mintak nak kluar. Sebab tak tahan dengan bunyi dia... maka, DayBab pon kasi lerr peluang tuk dia kluar and berdating.
And semalam... Amott bobok dengan nyenyak nye dengan DayBab and Abg Gendy. Mula-mula dia dah ambik position kat celah kaki DayBab. Port baik punyeeee... Alik-alik, DayBab alihkan dia and dalam kul 4 pagi, dia dah buat bising... nak kluar.
Jam 6 lebih, dia balik and mintak makan. Mama kasi dia makan nasi minyak + ikan. He is soooo Jawa!!!
Amott... lop u!!



Happy Birthday.. Sutan Mohamed Amin.

Ahad, August 9th, 2009 - Jam di meja dah hampir kul 8 pagi. Abg Gendy dok kelam kabut nak gi Shah Alam sebab ada roadshow. DayBab masih golek-golek lagi...
Sekitar jam 8 lebih.. DayBab kluar dan baca surat khabar. Tak ada cerita menarik pon. Entah apa nak jadi dengan Malaysia dan dunia kini...?? Sungguh membosankan.
Emmmm... lepas habis baca paper.. DayBab gi mandi. Ada misi yng perlu disiapkan. Patang nie, kita dah plan nak bikin birthday party buat Amin a.k.a Ben10 kat UKP sekitar jam 4:30 petang.
So, lepas mandi... DayBab pon mula lerr bersilat didapur. Misi nya: untuk bikin chocolate cake. Seperti biasa.. moto DayBab adalah "Membahagiakan anak kecil!!"
Sekitar jam 3, semua nya sudah selesai. DayBab buat Chocolate Moist Cake covered with Chocolate Ganache and decorated with image of Ben10 and Amin!
By 4pm, batang hidung Abg Gendy tak jugak muncul. Bila talipon, katanya masih lagi di Shah Alam. Alik-alik, dia sampai umah sekitar jam 5:30pm. Kasihan anak-anak kecil menunggu...
Sekitar jam 6, DayBab and Abg Gendy pon samapai. Birthday boy menyambut kedatangan kami.
Kek yang ditangan DayBab terus diberi ke Ning. Bila ditengok dalam nye.. semua excited. Kita kasi Birthday Boy tengok kek.. mula-mula dia nampak Ben10, bila dia realise ada gambar dia kasi situ.. member terkejut... and menjerit. Excited nye dia!!!
There.. i know that misi DayBab sukses!!
Bila time nak potong kek... birthday boy sungguh busy and excited. Dok asyik terpegun melihat gambar dia dengan Ben10.
Lepas acara tiup lilin.. kita ambil foto dan makan-makan. Makanan memang yummy... ada Ning's Famous Mee Hoon, Leuba's Popia, Puding, Pop Corn, Casava Chips and air pedas (as per bapak Birthday Boy).
Lepas makan, kita makan kek lerr pulak. Awal-awal lagi, birthday boy dah warning kat Ning supaya potong bahagian tepi aje. Yang ada gambar dia, tak boleh diusik... katanya, nanti muka Amin koyak!!

Hehehehehe... ada-ada aje perangai nye! Apa pun, we had an awesome time. I am really glad sebab dapat membahagiakan satu lagi anak kecil...
Happy Birthday, Sutan Mohamed Amin!!

August 6, 2009

Amott... Kesayangan-ku!!

Last Sunday, was the last day DayBab jumpa Amot. Itu pon kurang lebih kul 3 pagi. Dia dok buat bising aje... nak kluar. Sebab tak tahan dia buat bising and takut dia buat business kat dalam bilik, DayBab pon kluarkan dia.
Happy lerr dia dapat kluar dan melaram satu kampung. Tapi, DayBab tak sangka yang itu lah saat terakhir DayBab jumpa dengan Amott.
DayBab dah jaga Amott hampir 3 tahun. Dari kitten, sampai lerr sekarang. Masa kecik, punya lerr keding dan comot. Especially kat area telinga dia. Setelah diberi ubat dan macam-macam, Alhamdulilah, Amott ku jadi hensem. Nak jaga dia memang senang. Tak banyak ragam.
Dari kecil sampai sekarang, Amott paling takut denga vacum cleaner. Entah kenapa dia takut. Siap sampai menyorok dalam bilik dengan muka yang sangat ketakutan. Memang lawak sungguh lerrr...

Kalau bab tido... masa kecik dulu, Amott suka tido kat atas dada. Memang itu favourite spot dia. Amott nie memang manja. Bila dah besar, tak macho lerr tido kat dada lagi. Dia akan menyelit celah kaki bila nak bobok. Siap bersandar and cari spot yang paling best!!
Bab makan, Amott nie memang typical mamat Jawa!! Pagi-pagi dah mintak nasi+ikan. Time lain, pandai pulak dia cari biskut dia! Selalu nya DayBab kasi science diet... kalau beli brand lain, jangan harap dia nak makan!
Kalau nak ceritakan pasal Amott, memang tak akan habis 1001 malam. Amott nie dah jadi sebahagian hidup DayBab. Bila dia tak balik, rasa kosong pulak jiwa nie. Asyik dok teringat aje kat dia. Menangis macam mak hilang anak. Nama dia dok asyik disebut-sebut dan dipanggil. Nie, asal cerita aje pasal Amott atau tengok gambar dia... pasti DayBab akan menangis.
Amott... pulang lerrrrr...




Hamper tuk Hari Raya...

Ramadhan menjelang tiba... tak lama kemudian, raya pon tiba.
DayBab dikesempatan ini mahu mengumumkan yang DayBab ada membuat hamper atau corporate gift sempena Hari Raya yang bakal menjelang tiba.
Sesiapa yang berminat, boleh email kepada DayBab di : daybab.daybab@gmail.com
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak!



Cookies Raya for Sale!!!

Ramadhan menjelang tiba... Hari Raya bakal menyenyuk kita. Dah siap kuih raya ke???
Kalau mahu kuih tunjuk-tunjuk, mari lerr menjamu selera. DayBab ada menjual cookies raya made from 100% pure butter. Cookies nye.. melt in your mouth!!
Available cookies raya are :
Samprit, Cornflakes with Strawberry Jem, Badam Bercoklat, Bepang Badam, Oat, Oat Bercoklat and Pineapple Tart.
Sesiapa yang berminat, sila email ke : daybab.daybab@gmail.com

August 4, 2009

Psycho nye Seorang Ibu Mengandung...

Kisah nie terjadi beberapa Jumaat yang lepas. Masa tu, DayBab kena balik sendiri sebab Abg Gendy ada roadshow kat Plaza Damas. Ingatkan nak naik LRT, tapi... Abg Gendy suruh naik teksi.
Ok lerrr... habis aje keje, DayBab terus ke perhentian bas kat depan opis. Belum sempat sampai, feeder bas ke LRT stesen berlalu pergi. Kalau nak tunggu next bus, ada jugak lerr makan masa another half an hour.
So, DayBab pon dok lerr tahan teksi. Ada yang berpenumpang... dan ada yang tak nak ambik. Tak lama lepas tu, ada teksi berhenti depan DayBab. Pakcik teksi tu tanya "nak ke mana..??" Bila DayBab kata nak ke Kg. Baru, terus dia kasi alasan tak solat lagi. Tak pe lerrr... DayBab pon tutup balik pintu belakang dia dengan ala-ala tak larat... dan pintu nya tak tertutup rapat.
Pakcik tu mencuba tuk rapatkan pintu dari dalam dan ternyata dia tak mampu. Terpaksa ler dia keluar dan merapatkan pintu belakang nye.
Sedang Pakcik tu nak settle down kat tempat duduk dia.... DayBab dengan selamba nya mengusap-usap perut ku yang semakin menonong itu. Rupa nya dia memerhatikan kelakuan DayBab itu. Dia kluar balik dan tanya... "Kg. Baru kat area mana??". DayBab pon menjawab balik... "Tak pe lerr Pakcik... saya tunggu teksi yang lain aje..!!"
Wakakakakaka... psycho tak??? Alhamdulilah... tak lama lepas tu, ada Apek stop and hantar DayBab pulang. Sebab Apek nie baik... DayBab kasi dia tips!
Kesimpulan nye... Ibu Mengandung nie memang PSYCHO!!!

August 3, 2009

Reunion...

Yesterday, August 2nd, 2009... Reunion Class of '95.
Thanks to the organiser, Fida and Zarinah. Dapat jugak bertemu dengan member-member sekolah yang sekian lama tidak ketemu.
Memang sungguh happy and fun bila jumpa balik... especially, bila jumpa Idie setelah sekian lama tak jumpa. Dulu DayBab selalu lepak ngan Idie. Teringat lak kat van merah ayahanda nye yang Idie selalu guna tuk angkut we all ke sana dan ke mari. Seronok gilerrr time tu.. ;-)
Hopefully, this could be a yearly event where all of us could meet up and have fun!


Bila Ibu Mengandung Mengidam...

Ada dalam beberapa minggu tu, DayBab asyik dok mengidam nak minum A&W Float and Waffle with Maple Syrup.
Yummmmmyyyy... memang sedap dinikmati dengan 2 combination nie!!


Bila DayBab Mamam...

Nie apa yang terjadi bila ibu mengandung dok nak makan macam-macam. Nasib baik ada hubby yang memahami. So, we all lerr makan ala buffet.
Makan yang heavy tak ada lerr banyak sangat mana pon... nie dok bedal aiskrim Baskin Robbins. Bila dah bottomless... makan sampai tak ingat lerr gaya nya!