October 31, 2009

Mengidam....??? YES!!!!

Mengidam..?? Mengidam merupakan keinginan yang sangat tinggi untuk seseorang memakan sesuatu.
Sesetengah pakar perubatan menjangkakan mengidam berlaku disebabkan perubahan hormon yang berlaku dalam tubuh wanita mengandung. Perubahan hormon boleh meningkatkan kepekaan deria bau (yang berkait rapat dengan deria rasa) pada wanita mengandung, sekaligus mempengaruhi pemakanannya. Alahan semasa mengandung seperti pening, kembung perut, keletihan atau muntah-muntah akibat perubahan hormon juga boleh menjadi sebab wanita mengandung mengidamkan makanan yang boleh mengurangkan atau melegakan alahan.

Cuba elakkan mengambil makanan yang disenaraikan di bawah walau pun setinggi mana keinginan anda untuk memakannnya kerana ia boleh memudaratkan kandungan anda:

  • Makanan laut, daging dan telur mentah atau yang tidak masak sempurna (ex: sushi, telur kampong mentah, rare @ medium steak)
  • Susu atau hasil tenusu yang tidak dipasteur (ex: Mexican cheese, unpasteurised milk)
  • Jus buah atau sayur yang tidak dipasteur
  • Teh herba
  • Alkohol

Cara untuk mengatasi mengidam semasa mengandung adalah seperti di bawah:

  • Jadikan pemakanan anda seimbang apabila anda mengidamkan makanan yang tinggi kalori. Contonya, lebihkan aneka buah-buahan dalam ais krim anda supaya seimbang nutriennya.
  • Fokuskan pemakanan anda pada makanan yang rendah kalori seperti yoghurt, oat meal bar.
  • Jika anda mengidam makanan yang tinggi kalori, beli saiz yang lebih kecil supaya mengelakkan pemakanan yang berlebihan.
  • Jika mengidam ‘menguasai’ hidup anda, cari aktiviti yang boleh membuatkan anda melupakannya seperti berjalan-jalan bersama suami dan menonton wayang.
  • Makan dengan jumlah yang sedikit tetapi kerap supaya paras gula dalam darah tidak jatuh yang boleh menyebabkan anda makan berlebihan. Cuba makan makanan seimbang 6 kali sehari.
  • Lakukan aktiviti fizikal dan senaman yang dibenarkan oleh doktor.
  • Ambil makanan seimbang termasuk susu, bijirin, sayur dan buah-buahan.
  • Sokongan moral amat penting kerana emosi ibu mengandung yang tidak stabil akan menjadikan makanan sebagai teman rapat, sedangkan pelukan daripada suami sebenarnya sudah mencukupi untuk meredakan emosi ibu mengandung
DayBab juga tidak terkecuali dari mengidam .... selama tempoh mengandung nie, ada beberapa makanan yang DayBab selalu inginkan... Antara nya adalah..:

Waffle A&W... yummmyy...


Rojak Jawa...


Root Beer Float...


Tako Tao....


Sate Padang.....

October 29, 2009

Enjoying Myself...


It has been almost two months, DayBab duduk rumah and buat kerja-kerja yang DayBab enjoy! Due to the pressure and stress at work... and also the morning sickness, i've decided to quit my job. Since then, a lot of baking had been done.
I've been experimenting and trying new recipes. Practising things that i have been wanting to do. I really enjoy my life....
The best part... is when i get compliments and feedbacks from customers regarding my products... Alhamdulilah, so far... so great!!
I hope to enjoy this forever and the baby will be good and be able to follow my routine... that is Baking!!

October 18, 2009

Hari Raya Potluck with My Ex-schoolmates....

Last Saturday, was the last week of Hari Raya. Kebetulan, on that particular day is Deepavali. The gurls had planned to have a potluck at my place for this occasion.
Me, playing my part as a host... prepared the main dish. Zulaikha came with her Famous Potato Pie... memang delicious. Zarinah pulak came with 2 boxes of Domino's Pizza. Maklum aje lerrr, hubby dia keje kat Domino's!!
Then, Helie came with her lovely daughter ... sambil hulur roti canai. Waduh... enak banget sih..!! Then, Ros datang dengan membawa Lapis Legit nye dia. Finally, Syahi came with kek batik and few muffins.
Memang best bila all the gurls berkumpul. Mula ler bergossip ria and makan sampai tak henggat... hehehehehe.
Kesimpulan nye, am very happy to see and lepak with my friends!!


October 5, 2009

Glucose Tolerance Test..


The last monthly visit, masa urine test... sugar level DayBab naik. Mungkin sebab breakfast nasi lemak + lauk paru and 2 glasses of teh o ais limau atau mungkin sebab lain.. lagi pulak, masa raya tu.. bukan main sakan DayBab dok teguk carbonated drinks especially Coca-Cola and Ice-Cream Soda.
Masa nurse tu check and kasi tahu result, dia ada tanya ... breakfast apa tadi?? Bila kata nasi lemak and teh o ais limau, dia kata mungkin sebab tu kot...
Tapi, bila jumpa doktor... takut lak benda lain. Tu yang doktor recommend DayBab tuk gi ambik Oral Glucose Tolerance Test (OGTT).
Test tu dijadulakan pada hari Sabtu. So, malam Jumaat tu... DayBab dah start puasa. Pagi-pagi DayBab dah sampai kat hospital. First ambik darah kul 9a.m and then terus depa kasi minum air gula yang sangat manis i.e. glucose = 75gm.
Dua jam kemudian, they all ambik darah lagi. Sebab nye, first time ambik darah tadi tuk tahu baseline nye. The second time, baru lerrr they dapat buat comparison.
Alhamdulilah... pagi tadi DayBab call doktor for the result. Semuanya ok... Memang DayBab rasa lega yang amat sangat..
For more info tentang Glucose Tolerance Test, sila baca disini.....