August 27, 2010

Mencari High Chair

Dah beberapa hari nie, asal lepas berbuka aje.. pasti kami bertiga keluar tuk cari high chair for Arfan. But then, does he really need a high chair?? Should we buy one??

Firstly, Arfan dah start makan. Time makan, dia nak duduk tegak. Tak mahu bersandar lagi. So, sit yang ada macam dah tak sesuai.

Secondly, bila time berbuka... dia dok sibuk nak kacau. Sebelah tangan.. DayBab dok suap makan.. sebelah lagi kena pegang dia. Agak mencabar gak sebab dia dah bertambah lasak. Kalau letak dia kat bawah... bergolek atas toto lak... macam-macam aksi yang dia buat tuk attract attention. Then again.. tak senang duduk gak dibuatnye.

Mungkinkah dengan ada nye high chair ini akan dapat membantu...???

Ni... high cahir yang we all try masa kat Ikea. Masalah dengan high chair nie... ianye a bit kecik. Tak berapa sesuai dengan size Arfan. Hehehehehehehe..... Harga high chair nie lak.. cukup reasonable. Sebab tu lerrrr... dah tak ada stok!!

Pastu, kat luar tu... banyak gak high chair lain yang we all tengok. Masalah nye, pada harga. Berbaloi ke tuk spend almost RM400 for a high chair?? Ridiculous sungguh....!!

Pencarian masih lagi berjalan... hopefully akan ketemu high chair yang sesuai sebelum lebaran... insya-Allah...

August 24, 2010

....Jika isteri menangis dihadapanmu….



Jika isteri menangis dihadapanmu...
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

August 23, 2010

6 Months Check-up...

Hari nie, kita ke klinik for Arfan's check-up. Kali nie for his 6 months check-up. Kalau nak ikutkan, tiap-tiap bulan ada check-up dan disusuli dengan injection. Cuma ada certain month tu... tak kena inject.

Lepas nie, our next visit will be somewhere in November. Itu pon sebab nak ukur and timbang. Kiranya... nak tengok perkembangan dia lerrr...

Tadi, seperti biasa... bila dah sampai tu... ambik nombor giliran dulu. Tak ramai lak orang pada hari nie. Duduk jap... they all dah panggil tuk timbang, ukur tinggi, lilitan kepala dan dada. Jeng... jeng... jeng.... dari bulan lepas ke bulan nie, Arfan hanya naik 500gm. Masih lagi obesiti sebab berat keseluruhan nye dia adalah 11.5kg.

Pastu, gi masuk satu lagi bilik... nie nurse lak nak check sambil nak tahu perkembangan Arfan. Alhamdulilah... semua nya ok... and Arfan tak perlu dirujuk kepada doktor tentang obesiti...

Sebelum pulang, ambik injection tuk Hepatitis - 3rd dos. Macam tahu aje dia nak kena inject.. mula lerr dia resah gelisah. Bila kena inject tu, dia menjerit dan menangis sekuat nye. Tapi, jap aje... sebab lepas tu, ok aje.. ;-)
Siap leh melayan acik-acik nurse kat situ...

Ini dia... budak yang dah kena injection tadi. Penat sangat kot... siap boleh nangis jap... mungkin mimpi dan teringat peristiwa kena inject tadi...

Pejam kelip... pejam kelip... dah 6 bulan. Rasa macam baru semalam ibu mengandungkan Arfan...
xoxoxoxoxoxo

August 20, 2010

An Apple A Day Keeps The Doctor Away...

Menu masakan tuk Arfan pada hari nie adalah apple puree. DayBab guna red apple seperti gambar kat atas tu.

Mula-mula, basuh tangan dengan sebersih-bersihnye. Apple dibasuh, dibuang kulit dan dipotong kecil-kecil. Masak dengan sedikit air hingga apple lembut. Tak yah pakai banyak sangat air kerna kita nak kekal kan nutrisi yang ada pada apple itu.

Setelah lembut, transfer apple tadi ke dalam blender. Blend kan dengan sedikit air yang ada tadi. DayBab blend sampai halus.

Tadaaa.... bila dah sejuk, boleh lerr suapkan kat Arfan. Yummmmyyyyyy.... Arfan cukup suka. Nie Arfan dapat makan makanan khasiat dan dibuat oleh ibu dengan penuh kasih sayang...

Esok makan apa lak yea...??

August 18, 2010

Arfan's Half Year Birthday Party..

18/08/2010... Arfan dah 6 bulan... terasa sekejap aje masa berlalu. Macam baru semalam ibu melahirkan Arfan ke dunia ini... dan terpisah lerr Arfan dari dalam perut ibu.

Sempena 6 bulan nie, banyak perkembangan Arfan. Nie, dah boleh makan. Ibu kena siapkan solid food tuk Arfan lak lepas nie.

Petang tadi, Arfan dah makan pisang lenyek. Penuh nikmat yea... menikmati pisang tu! Masa berbuka, we all menjamu selera apa yang telah terhidang di meja. Ibu masak mee udang... resipi yang ibu dapat dari Mat Gebu! Abg Mat... mee tu memang sodap!!!!
Tok Mama masak bubu gandum. Daddy lak beli samosa, tepung pelita and ayam panggang... Yummmyyy..!!

Selepas jam 8:08pm (time Arfan lahir ke dunia ini), kita potong kek. Ibu buat kek ice-cream.... Chocolate Oreo Ice-Cream Cake. Apa lagi.. kita nikmati lerr kek itu!

Pada auntie-auntie dan tok-tok yang datang... thank you very much!
xoxoxoxoxoxoxoxo...

August 13, 2010

Arfan tumbuh gigi....

Sejak dua menjak nie, air liur Arfan asyik mengalir. Tok Mama lak suka nak rasa gusi Arfan... Hari nie - 13 Ogos, 2010... Tok Mama rasa macam ada gigi dah tumbuh kat bawah. Ibu pon dok rasa and memang nampak, ada gigi dah tumbuh sikit.

Hehehehehehe... nampak gaya, raya nie Arfan boleh lerr makan ketupat!

August 12, 2010

Kelly's Life - Giveaway Datang Lagi....

Kali nie... Kelly's Life Giveaway lerr pulak... Kepada sesiapa yang berminat, sila ke sini untuk keterangan lebih lanjut.

Tengok tu, set apron kaler kuning kat bawah nie... sungguh CUN!!! Selamat mencuba....

Syarat2 nya mudah sahaja : -
Buat N3 mengenai GA ni kat blog masing2 - DONE
Link kan blog Kelly's Life - DONE
Letak komen kat N3 ni - DONE
Mestilah follower kat blog Kelly's Life - DONE
Terbuka kepada semua follower Kelly's Life kat Malaysia je

2nd Day Puasa....

Hari nie, Alhamdulilah dah 2 hari kita berpuasa. DayBab pon puasa tau...! Tak sampai seminggu lagi, Arfan akan masuk 6 bulan. Baru lerr dia boleh makan solid food. Buat masa nie, dia masih bergantung dengan susu ibu sepenuh nya.

Dalam 2 hari berpuasa nie, DayBab notice yang pada siang hari... Arfan macam kenyang dan puas bila minum susu. Malang nye, towards dah petang... dia semacam tak puas dan tak kenyang. Nak bobok pon tak boleh... sebab tak puas.

Kesian kat Arfan... macam dia pon puasa gak. Dalam 2 hari nie, DayBab notice... lepas aje berbuka, dia pon nak susu. Bila dah dapat tu, pasti terlena. Dalam kul 3 pagi nanti, pasti akan bangun dan mintak susu lagi...

Sabar yea sayang... tak lama lagi Arfan boleh makan. Semoga itu akan buat Arfan kenyang... Nie bulan Ramadhan... bulan yang mulia. Ibu puasa.... Kalau tahun lepas, Arfan ada dalam perut ibu. Masa tu, Arfan pon puasa tau. Waktu berbuka, Arfan dapat rasa makanan yang ibu makan....

Kurang dari seminggu, Arfan akan makan yea... sabar yea sayang!!

August 11, 2010

Kerm's Craft Giveaway!

Pucuk dicita... ulam mendatang... DayBab suka benar degan craft felt nie. Bila ternampak yang Cik Kerm kita ada giveaway, apalagi... DayBab pun cuba lerrr..

Kepada sesiapa yang berminat, sila ke sini untuk keterangan lanjut. Hadiah nye pon BEST tau!!


syarat-syaratnye ^__^ :
1.bagi yg ada blog hendaklah follow blog "KERM'S CRAFT" ni yer...yg xde xper... - Done
2.bagi yg ada blog..hendaklah membuat entry tentang giveaway ini n meninggalkan comment serta letak link entry yer..leh cik kerm follow kamu juga =) (jgn lupe copy gambar kt atas ni jugak yer) - Done
3. bagi yg xde blog boleh drop komen kt bwh ni jugak n tinggalkan email anda sekali..
4.tarikh berlangsungnya giveaway ni adalah dari tarikh "27 JULY - 15 AUGUST"...selepas tu cik kerm akan announce pemenang...

August 9, 2010

Sebagai renungan...

BERTUAH SUNGGUH DAPAT SUAMI MCM NIE...

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa
isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia
kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini
senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya
sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
sebelum mengandung pun saya akan membaca
Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya
ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula
dengan
kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,
zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah
para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak
dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin
disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi
saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang
dan
bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim
piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga
sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini
saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan
saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu
dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu
banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan
muncu 'bintang timur kecil' dalam hidup saya

Jangan campur penyusuan susu ibu dengan air kosong atau susu formula

DayBab baru baca pasal hal diatas ini. Kalau dengan Arfan, sebenarnye jarang sekali DayBab kasi air kosong. Even kalau dia sedu pon, pasti DayBab kasi susu badan.. sekejapan, sedunya hilang.

Susu badan nie sebenarnya miracle/magic. Ia terhasil dan mengeluarkan susu mengikut keperluan. Sebagai contoh, pada waktu siang.. susu yang terhasil agak cair kerna membantu menghilangkan haus. Pada waktu malam pula, susu agak berlemak kerna mahu mengenyangkan baby dan dapat tidur dengan lena nya.

Kesimpulan nye, kalau beri susu badan... tak yah lerr kasi air kosong.

Jangan campur penyusuan susu ibu dengan air kosong atau susu formula

Bayi tidak akan mendapat kebaikan susu ibu sepenuhnya jika diberi atau minuman lain kerana:

a. Bayi akan kurang kerap menyusu. Ini akan menyebabkan kurang penghasilan susu oleh ibu. Akibatnya bayi kurang mendapat zat makanan dan bahan – bahan pelindung penyakit.

b. Bahan pelindungan penyakit terkandung di dalam susu ibu yang bertindak menyalut usus bayi. Air kosong atau susu formula akan menghakis salutan tersebut. Bayti tidak akan mendapat perlindungan.

c. Bayi mudah terdedah kepada alahan dan pencemaran yang terdapat di dalam air kosong dan susu formula.


Kenapa Breastfeeding???

Kurang dari 10 hari lagi, DayBab akan berjaya men-breastfeed Arfan secara exclusive. Even though, pada awalnye... susu badan tak kluar lagi, mungkin kerana stress dan DayBab terpaksa memberikan susu formula kepada Arfan buat beberapa hari. Alhamdulilah, setelah diurut.. banyak pulak susu badan yang terhasil/keluar!

Mana tak stress nye... lepas bersalin, Arfan dan DayBab tak boleh balik sebab kena tahan lagi diwad. Ini kerana mereka harus membuat pemerhatian tentang keadaan nye dia. Arfan punya G6PD.. takut kalau demam kuning akan menyerang. Pasal G6PD nie, lain masa kita bincang yea... ;-)

Masa awal-awal DayBab dapat tahu yang DayBab pregnant, memang dah pasang niat nak breastfeed baby tu nanti. Sebab nye, DayBab rasa kalau breastfeed baby lagi senang sebab tak yah nak susah-susah bancuh susu, basuh botol, dan kalau nak kluar.. tak yah nak sibuk-sibuk bawak banyak beg tuk isi botol. Pokoknye, segala nye will make my life so easy and simple!

Kalau nak tahu... susu ibu mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protin yang sempurna untuk tumbesaran bayi. Banyak kandungan yang ada di dalam susu ibu tidak ada di dalam susu lembu.

Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari susu formula. Ia mengandungi kurang protin dan protin yang ada juga lebih nutrisi dari susu formula. Susu ibu mengandungi antibodi yang menolong melindungi bayi daripada bakteria dan virus. Antibodi ini juga menolong mereka menentang jangkitan kuman dan penyakit. Bayi yang menyusu susu ibu didapati lebih kurang mendapat jangkitan paru-paru, jangkitan kuman pada pundi kencing, telinga dan juga septicimia.

Tidak ada bayi yang alah kepada susu ibu. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak. Menyusu badan menjimatkan wang. Tidak perlu membeli, menyukat dan membancuh di tengah malam buta.

Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa. Menyusu boleh memyebabkan badan anda membakar kalori dengan lebih cepat. Anda senang kembali ke bentuk badan asal. Ia juga menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan. Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.

Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk.

Menyusu akan menyenangkan ibu. Ia tidak memerlukan rancangan, packing atau alatan menyusu formula.

Yang paling penting, bila kasi susu badan.. memang banyak menjimatkan kos. Cuba bayangkan kalau berikan susu formula, perbelanjaan nye boleh memcecah sehingga RM300 sebulan. Padahal, jika kita berikan susu badan... FREE!! Free of charge!!


Masa DayBab kasi Arfan susu formula sekejap tu, memang dapat lihat betapa banyak nye dia boleh minum susu. Macam tu aje, dah boleh estimate brapa kos nye nanti. Susu badan..?? FREE dan jimat. Sungguh jimat!


Lagi satu, bila dah breastfeed Arfan... bonding antara ibu dan anak sangat lerr erat. Perasaan itu memang susah nak digambarkan. Saat-saat penyusuan sangat berharga dan lebih mengeratkan ikatan kasih dan sayang antara DayBab dan Arfan...


Banyak faedah nye kalau menyusu badan nie... fikir-fikirkan lerr sebelum mengambil keputusan tuk memberikan susu formula!


August 8, 2010

"CUTIEST Stripe & Line Contest"

Contest... Dan contest lagi.... Kali nie "Cutiest Stripe & Line Contest". Contest dari rumah mama rifqy.


Nama : Sutan Arfan Alif Bin Onassis

Umur : 5 bulan


SYarat yg sangat Mudah..

1. Buat 1 entry pasai contest ni - Done

2. Letak Banner ini pada entry n side bar Blog memasing!- Done
(Linkkan ke Entry ini)

3. Pilih 1 gambo anak anda @ sape2 je..asalkan bb ! - Done
~ pakai baju/seluar belang2~ asalkan nampak belang!!
(1 bulan - 4tahun)
4. Nyatakan Nama & Umur anda anda! - Done
5. Last, Jd Follower Myblog n masukkan myblog in ur bloglist! - Done

(Nak delete after contest,Pon buleh..No hal )

Kepada yang berminat, sila layari disini untuk keterangan lanjut.

Moment With Newborn Baby Contest...

Contest lagi... Kali nie, contest Moment with newborn contest. DayBab pon nak join gak.. nak hantar gambar Arfan...


nama bayi : Sutan Arfan Alif Bin Onassis

tarikh lahir : Februari 18, 2010

berat semasa dilahirkan : 3.33kg

berapa jam / hari selepas dilahirkan semasa gambar diambil : 24jam selepas Arfan dilahirkan

nama ibu dan email anda : Maria Waheeda Astuty - mariawaheeda@gmail.com

ceritakan detik ketika gambar itu diambil : Gambar ini diambil setelah Arfan keluar dari NICU kerna masalah pernafasan. Kemudian ditahan semula untuk pemerhatian kerna G6PD. Saat bermakna bagi ibu dan daddy kerna akhirnya dapat menatap anak yang dikandung selama hampir 10 bulan. My little precious... my bundle of joy!

Checklist :
  1. jadikan tajuk diatas sebagai tajuk entry anda - Done
  2. jadi follower http://nayville.blogspot.com - Done
  3. letak banner diatas, disidebar dan entry anda beserta link contest - Done
  4. letak link http://nayville.blogspot.com di bloglist anda - Done
  5. hanya sekeping gambar untuk seorang newborn baby. jika punya lebih dari seorang anak, anda dibenarkan menghantar gambar anak seterusnya dalam entry yang sama. - Done
  6. jika bukan anak anda, anda juga dibenarkan untuk menghantar penyertaan. -Nil
  7. gambar 'newborn baby' mesti lah berusia kurang dari seminggu. - Done
Kepada yang berminat nak join... sila ke sini.

MummySyafie GiveAway Contest!

Doll Cake...

Ini pulak gambar Birthday Girl dengan kek nye...

Hehehehehehe... sebab boleh hantar 2 entry, nie dia... entry ke-2 DayBab tuk contest nie... Nie birthday Puteri Yasmin yang ke-3. A doll cake for her....

Enjoy!!!


MummySyafie GiveAway Contest!

Ini lerr gambar Birthday kek....

Gambar Birthday Girl dengan kek... entah apa yang direnung nye itu!

Nie Mummy Syafie nak kasi kek .... tapi, ada pertandingan dulu. Ini sempena birthday anaknya, pada 3 Ogos yang lepas!

Tajuk pertandingan adalah - "U with birthday cake!" Anyway, ini lah entry DayBab...

Happy belated Birthday, Wawan!

Sesiapa yang berminat nak join... sila ke sini kerna closing date adalah 15 Ogos 2010. Cepat... Cepat...!!!

August 6, 2010

Di Suatu Petang....

Di suatu petang, sedang DayBab melepak-lepak dengan member + the kids, ada seorang anak kecil dalam lingkungan umur 3 tahun datang dan menegur Arfan...

"Kenapa gigi dia patah???" ..... Gelak terbahak-bahak DayBab dibuat nye.. "Arfan baby lagi, dia belum ada gigi..."

Itu lerr dia... petang yang menceriakan....

August 4, 2010

Favorite Cartoon Arfan!!

Kecik-kecik dah pandai tengok tv!! Bila bab cartoon lak, Arfan cukup suka lerr tengok cartoon Dibo The Dift Dragon. Dia akan duduk kat chair dia sambil terketik-ketik kaki dan tangan nye. Cukup seronok Arfan bila dengar theme song Dibo tu..

Ada masa nye, Arfan akan buat bising seolah dia tengah bercakap dengan Dibo... Pandai sungguh!!

Ada satu hari tu, DayBab ke KLCC dengan Arfan. Kat kids department tu, depa jual soft toy Dibo and the gang. Apa lagi, DayBab pon angkat Dibo and tunjuk kat Arfan sambil nyanyi lagu Dibo.. Punya lerr suka!! Arfan tersenyum... senyum yang ber-glowing-glowing sambil pegang Dibo... Emmmmm... bertapa tajam nye ingatan nye dia!

Patut lerr pepatah ada mengatakan... Melentur buluh, biarlah dari rebung nye! Ini lerr masa yang sesuai....

hello hello my name's dibo
here is something you should know
when you want a gift say this
di.di. bo ding di bo di bo ding!!

I'm a gift dragon
and a gifyky wagon
to grant your every wish
and take things through the air..wooooooooo

hello hello my name's dibo
here is something you should know
when you want a gift say this
di.di. bo ding di bo di bo ding!!

August 3, 2010

Aktiviti..

Hehehehehehehe.... nie aktiviti 2 dalam 1. Mana tak nye, yang pertama.. Arfan tengah membaca.. kedua, tummy time!!

Alhamdulilah, Arfan suka dengan buku. Semoga minat ni berkekalan sampai selamanye. Dia suka tengok buku and juga newspaper. Memang very observant sungguh Arfan nie. Paling tak pon, bila dah bosan... dia akan makan buku tu. Habis basah lerrrr...

Tummy time lak... sebab nak biasa kan dia. Senang nanti kalau nak merangkak sebab dengan cara nie, dia akan senang tuk naikkan badan. Sekarang nie pon... dah angkat-angkat badan dan maju ke depan!

August 2, 2010

One Step at A Time...

Pejam kelip.. pejam kelip... tak lama lagi, Arfan akan masuk 6 bulan. Cepat benar masa berlalu. Terasa macam baru semalam ibu melahirkan Arfan ke dunia ini. Masa lahir dulu, Arfan seberat 3.33kg. Masa tu, ibu rasa Arfan tak lerr besar sangat dan tak lerr kecik sangat. Sedap-sedap aje...

Pastu, bila nampak banyak air mandi kat peha Arfan... ibu tanya kat MakTok.. "bila lerr Arfan nie nak besar??" MakTok kata... "sabar lerrr... nanti dia besar lerr tu..."

Tup.. tup... dalam beberapa bulan, Arfan membesar dengan jaya nya. Kekadang tu, bila kita gi jalan-jalan... ramai yang geram tengok Arfan. Ada juga yang tak sangka badan Arfan macam tak konti dengan umur Arfan... Ada gak yang tanya.. "dia dah makan nasi ke, kak..??" eeeemmmmm... mana ada makan nasi/cereal... dia kecik lagi! minum susu badan aje lerrrr!! Susu ibu yang lemak berkrim.. penuh khasiat!

DayBab ada terbaca pasal tummy time - untuk mempersiapkan baby agar senang merangkak nanti. Selalu gak DayBab buat... lagi pulak, Arfan memang tido meniarap!

Mula-mula tu... dia pandai pusingkan kepala dia. Pastu, dia angkat sikit kepala. Makin lama.. makin tinggi... Hari nie, DayBab lihat... Arfan dah angkat bontot. Kemudian, dia mengesot ke depan. Ada kemajuan... dia dah leh ke depan!!

Ibu sungguh happy bila tengok dan terus grab camera ibu... Good job my son!!
Nie salah satu nikmat nye bila duduk umah... dapat lerr kita nikmati saat-saat bahagia seperti ini... Thank you!

Melepak @ The Curve...

Ini lah bila dah kluar berjalan-jalan melepak... tak ada aktiviti lain selain makan...!!! Nie makan kat Bubba Gump Shrimp Co. restaurant @ The Curve. Tengok aje gambar-gambar kat atas tu... DayBab makan Chicken + Fries. Maklum lerrr, bila dah ada baby nie... kena semua nya yang ringkas. Senang dan mudah!!
Overall, makan kat sana... BEST!!

Kat atas nie pulak, changing table yang kita beli kat Ikea. Alhamdulilah, lepas dah ada chamging table nie... tak yah nak terbongkok-bongkok lagi bila nak salin Arfan. Kurang sikit masalah sakit pinggang.
Changing table nie, kita dok tunggu hampir 2 bulan sebab dah habis stok. Nie pon, bila Arfan dah 5 bulan... macam dah tak cukup lak tuk Arfan... hehehehehehe...
Buat ibu-ibu kat luar sana tu, changing table nie amat lerr membantu dalam urusan menyalin lampin dan pakaian baby kita...