October 3, 2011

Penang Trip...

Dalam we all plan nak gi Penang nie coz nak attend Azza's wedding kat Kepala Batas. Azzah is my friend yang dah lama kenal... since keje kat SFC...

Dah dekat-dekat nak gi Penang tu, Arfan demam lerr pulak. Memang tak sihat lerr anak teruna ibu nie. Kasihan lerr pulak... sampai ada satu point tu, ibu decided that we all tak yah lerr pergi. Duduk rumah aje lerrr...

Tapi, sebab kasihan kan dia... dah dok panik sebab akan kena tinggal... cepat-cepat lerr ibu packing baju. So, ikut lerr jugak kami berdua...

Bertolak dari KL kul 3 lebih. Ada lerr stop few places tuk rehat jap dan regang kan otot... We all sampai Pulau Pinang kul 7 lebih. Mak datok... jem nye... sepanjang jalan kat atas jambatan penuh sesak dengan kereta. Mungkin gak sebab hari Jumaat...

We all tinggalkan Leisure Cove @ Tanjung Bunga... jem jugak nak ke sana... huhuhuhuhu... kat KL jem... kat Penang pon jem gak... boring tul!!

Malam tu, we all dinner kat Gurney Plaza... ramai nye manusia... atau mungkin sebab situ lerr tempat tumpuan ramai...

Tido dalam kereta... kepenatan dan tak berapa sihat...

The next day, lepas breakfast... bawak 2 anak kecil nie naik roof top for swimming session. Gumbira nye mereka...

Lepas dah habis swimming, kita siap-siap tuk ke majlis perkahwinan Azza kat Kepala Batas. Kali nie, we decided tuk naik feri...

Kat atas ferry...

Actually, nie lerr first time DayBab naik feri kat Pulau Pinang nie... excited pon ada gak... Yang tak best nye, Arfan tido sepanjang perjalanan... 

Pelamin...

Majlis perkahwinan tu diadakan kat Bertam Golf Club, Kepala Batas... a very lovely wedding...
Selamat Pengantin Baru buat Azza and Badri... semoga berbahgia hingga ke akhir hayat... Amin.

Kelapa muda 

 On the way balik... we all singgah tuk beli air kelapa tuk Arfan... suspen aje sebab macam demam campak. Nasib baik bukan...

Pastu, kita pusing-pusing... sempat gak makan laksa and rojak buah kat Batu Feringgi...

Pembangunan pesat @ Pulau Pinang...

Dalam pada berjalan tu... dan berpusing-pusing... DayBab perhatikan yang pembangunan di Pulau nie sangat pesat sekali. Banyak bungalow-bungalow merah serta condo-condo yang bertaraf mewah didirikan... sunggah banyak sekali bagai cendawan selepas hujan.

Ada ke yang membeli nye..?? I guess kalau yang beli pon mesti mat salleh sebab ada program ~ Malaysia My Second Home atau paling tak pon... Cha Ya Nun Alif yang mampu nak beli. Rasa nye, tak lama lagi... penempatan Melayu pon akan dimusnahkan... semua akan digantikan dengan condo mewah yang mana Melayu pasti tak akan mampu tuk memiliki nye...

Sikit masa lagi... Pulau Pinang pon pasti akan jadi macam Singapore...

Bila dah tengok semua ini, DayBab sebenarnye kagum dengan kepesatan pembangunan di pulau ini... pembangunan yang sungguh aggresif sekali. Kita harus mengambil ikhtibar dan pengajaran dari sini... sebagai orang Melayu, kita harus rajin, dan maju ke hadapan. Tak boleh nak malas-malas... kalau tak, pasti kita akan ditindas... dan mundur.

Lagi yang tak best kat pulau nie... jemnye ya ampun... tak sanggup... jalan alternatif tak de pulak tu... and kat sana... agak racist and the drivers are so rude!!!

Roof top swimming pool...

Petang tu, swimming session lagi... look at the view... Awesome kan!!! 
Roof top pool kata kan....

Bakal perenang negara...


Ini dia... aksi anak teruna kita. Bakal perenang negara... 
Gaya bukan main... bila masuk pool, panik lerr pulak... wakakakakaka...

Padang Brown...

Malam terakhir, we all dinner kat Padang Brown... agak susah gak nak makan hawker's food sebab kalau Cha Ya Nun Alif yang jual... pasti tak halal... and they all yang majoriti kat sana...

The nest day, lepas breakfast... we all bertolak ke Taiping tuk collect biskut sno'ot...
We reached KL at about 7 o'clock... 

Nak pergi lagi...??? Emmmm... banyak lagi tempat yang lebih best dari Pulau Pinang....

September 21, 2011

Dating ngan Arfan...


Dating puas-puas dengan anak teruna sorang nie, sebelum dia dah besar dan asyik nak dating ngan anak dara orang pulak....
Lagi pulak, nie pon quality time antara ibu and Arfan. 

Haritu, we decided to go to GE Mall and spend time kat Kids Sports Gym. A fun place for kids. Tapi, yang DayBab perhatikan... tempat nie agak kecil dan limited sikit tuk budak-budak....

Anyway, he really enjoyed himself. Berani dia naik tangga and turun slide. He really loves the balls. 
Hopefully, this will also helps his social skills. Next time, kita pergi kat tempat lain pulak yea. Bawak sekali Insyirah and Maksu...

Kita double date lagi!!!!!

September 20, 2011

Nikmat sungguh....


Masa nie, we all gi jalan-jalan masa raya. DayBab dok nak cari barang... so, we all gi lerr ke Empire, Subang. Muncuba nasib kalau-kalau barang yang dicari... mungkin ada disitu. Malang nye, tak de... hampa lerr jap..!!!

Bagi mengubat kehampaan ku itu, we all di lerr makan kat situ. Lepas makan, kita cuci mulut. Kat sana ada pulak Tuti Frutti.... apa lagi, grab lerr sorang satu mangkuk.
Seperti biasa, DayBab akan ambil perisa berries atau fruits yang masam-masam manis. Daddy pulak akan ambil perisa yang biasa-biasa i.e. vanilla... chocolate. 
So, anak teruna kita... dia akan share yoghurt either one of us punye... 

DayBab kasi spoon tuk dia pegang. Memang sah... anak ibu!!! Arfan lebih berminat dengan perisa-perisa yang ibu pilih. Yang daddy punye... dia tak berkenan...
Dia pon makan lerr dengan ibu. Betapa dia menikmati nye.... makan hingga ke akhirnye!!!

Clever boy!!!

September 13, 2011

Selamat Hari Raya...

I guess, belum terlalu lambat untuk mengucapkan...

Selamat Hari Raya,
maaf zahir dan batin...


September 5, 2011

Ikea Baby Cot and Changing Table



Pre-loved items untuk dijual...

DayBab nak jual baby cot yang siap dengan tilam nye sekali... FREE cadar Ikea and also changing table with the cushion. 

Sesiapa yang berminat, boleh lerr email ke daybab di daybabdelectable@gmail.com untuk sebarang pertanyaan. 

Harga adalah negotiable. Yang paling penting, barang-barang in good condition.

Cepat-cepat... jangan terlepas!!!!

August 11, 2011

Abang tunggu mak di syurga - kisah benar..

Hargai & sayangi org2 disekeliling kita sementara mereka masih bernyawa.....
Kisah Benar : "Abang,tunggu mak di syurga ya"

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu.

Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang empat tahun dua bulan mak membesarkan abang.

Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak,sudah 'reput'. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.



26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah!

Hah Hah.. Tergelak mak.Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah,

Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta.

Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.


7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang.

Mak bawa abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi.

Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan abang? Mak jawab: "InsyaAllah, abang akan sihat!"

Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahumereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.


13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: "Mak, abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana? Mak jawab: "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala.

Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!"

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus diacapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu.

Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: "Abang nak apa?"

Abang jawab: "Abang nak naik lori sampah!"

Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?"

Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya.

Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak peri,semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Martabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikanwalaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan.

Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaringsambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!"

Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.


5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!"

Itu kata-kata mak pada cikgu dan akak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura. , doktor yang sinonim merawat abang datang melawat.

Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilantak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini.

Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini.

Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sanka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.





8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaringmerenung kek itu.

Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: "Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi.

"Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!"

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia





Abang pada tahun 2007.



9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu. Pakul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai.

Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak taj sinar matahari tu? Cantikkan?"

Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak.

Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang.

"Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja."

Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba!

Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: "Makkk..sakit perut..!"

Dan abang terus memanggil: "Makkkkk!". Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!"

Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalammata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!"

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya.

Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!" Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah... Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: "Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"
Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang ta[i... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.
Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usai dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidka lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).



August 7, 2011

Tazkirah Bulan Ramadhan...


Sekadar tazkirah buat para suami… Bacalah dan cuba terima kenyataan wahai para suami ye… :)

Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab r.a., terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel.
Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun marah balik isterinya kerana membebel. Si isteri pula menjawab. Si suami mula meninggikan suara.
Dari situlah mereka bertengkar dan bergaduh saban hari. Lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya sudah melampau. Memandangkan keadaan rumahtangga mereka semakin parah, si suami pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.
Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas. Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Katanya dalam hati, kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku.
Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang ke mari?”
Si suami tadi menjawab,”Aku datang hendak mengadu hal isteri aku, tapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu.”
Saidina Umar tersenyum lalu berkata, “Tidak patut kalau aku tidak sabar dengan kerenahnya. Bukankah dia telah memasak makanan untukku, membasuh pakaianku, bersabung nyawa melahirkan zuriat untukku, menjaga anak-anakku dan dia tempat aku mendapat hajatku? Sabarlah, sesungguhnya keadaannya itu tidak lama (nanti akan baik sendiri).”
Akhir kalam…“JANGAN MENGHARAP ISTERI SEPERTI SITI FATIMAH, KALAU PERIBADI BELUM LAGI SEPERTI SAYIDINA ALI!”



Dipetik dari blog Harlinda Halim....

July 28, 2011

Arfan.. ooohhhh... Arfan...

Pepatah melayu ada mengatakan... 
Melentur buluh, biar lah dari rebung nye.

Ini lerr yang cuba diterapkan ke anak teruna ku ini. Kecik-kecik, dah rajin masuk dapur. Pegang penyapu dan punggah washing machine.

Tengok lerr tu, siap dia posing sambil pegang penyapu.
Punya lerr serious cik abang kita nie punggah baju...

Ada pulak yang kata... takut nanti anak lelaki jadi l@m&b*t kalau dok ajak dan ajar buat benda-benda nie.
Tapi, bagi DayBab... baguiiihhh gak dia ada minat nak buat kerja rumah nie dan semoga sampai ke dewasa lerr rajin nye nie.
Bukan apa, anak lelaki pon harus rajin dan pandai mengurus diri dan rumah dengan baik. Jangan nak harapkan orang perempuan sahaja!!!


Semoga Arfan menjadi anak yang rajin....

July 14, 2011

Arfan dan bun gebu...

Homemade buns... yummmyyyy!

I guess, one of the privileged being a stay at home ibu  is that i can cook and prepare homemade food for my darling Arfan and the whole family.


Arfan posing dengan bun gebu nye dia...


Arfan ngappp... 


Enjoying his bun... yummmmyyyy...

Ibu kena rehat jap dari buat bun sebab hand mixer ibu dah bau hangit. Insya-Allah, ada rezeki... boleh beli mixer dan buat roti selalu...

July 12, 2011

Confuse Jap....

Patut nye... entry nie kat blog nie atau blog yang satu lagi...?? 
DayBab confuse nie... hehehehehehe...

Tahun lepas, ada gi belajar buat roti. Sungguh berkobar-kobar rasa nye masa lepas belajar tu. Bila balik, notes entah ke mana... practice buat roti pon tidak!! Apa lerr nak jadi nie...

Tetiba, pada suatu hari... masa DayBab buat cinnamon roll... ter-inspirasi lerr pulak nak buat roti balik. Alhamdulilah, notes masih ada.

Homemade buns... sungguh yummmyyyy dan tak ada preservatives. Yang paling penting, baked and made with love....

Sila lerr menjamu selera dengan buns yang DayBab dah buat setakat nie...

Bun Kacang Merah...

Gebuness...

Multigrain Buns... ~ nie my first attempt...

Sungguh healthy and yummmyyyyy....

July 11, 2011

Weekend ~ BERSIH!!!!

Pagi Sabtu yang lepas... sedang orang ramai dok kecoh pasal penutupan jalan, perarakan BERSIH dan kekecohan yang bakal berlaku sekitar ibu kota, we all dok sibuk packing baju tuk meninggalkan ibukota.... we witness so many demonstration and we decided to take a break from it.... 

First destination... ke Banting. Ada wedding... 
Masa sampai rumah pengantin, cik abang kita tengah tido. Tapi, ibu kejutkan dia sebab i don't want him to miss all the excitement. Mana tak nye, ada live orchestra, rumah dikawasan kampung yang siap ada pondok yang lawa, ayam yang banyak and beberapa ekor angsa.

Arfan sungguh seronok... maklum aje lerr. Anak bandar... mana dapat tengok semua nie. Pastu, bila time makan... tak nak makan. Asyik dok makan tembikai dan minum cendol. Apa-apa aje lerr Arfan... mungkin masih kenyang minum susu kat dalam kereta kot.

He was excited masa tengok pertunjukan silat pengantin. Lepas tu, siap menari-nari sambil dengan orchestra menyanyi dan bermain muzik.
Itu lerr Arfan.... he loves music and suka menari!


Sebab takmo balik KL... memula ingat nak lepak semalam kat Morib. Tapi, macam tak best lerr pulak. Then, Chu drive ke Bagan Lalang.... malang nye, semua tempat FULL kecuali kat Golden Palm Tree Resort ~ Sepang. Mana tak nye, rate tuk satu malam aje dah mencekik darah! And we all dok terjah aje and hoping that we will be so lucky and ada lerr tempat kosong.... hampa!

So, we decided to go to Port Dickson....!!!


Sempat lagi kan nak bergambar... 

Sampai PD, we all duduk kat Regency, Tanjung Tuan. Nice apartment with 3 rooms. Memang sesuai lerr for Chu, Mama, Tini and myself.

Dah lepas check-in, we all relax jap. Pastu, ke pasar malam. Membeli belah makanan tuk dinner and some tit bits... Meriah sungguh suasana pasar malam..
Kalau diperhatikan, ramai sungguh warga KL yang cabut ke PD dan mencari ketenangan disini... 


Lepas hantar makanan ke atas, DayBab turun bawah @ the swimming pool. Nak swimming ngan Arfan. Kalau dulu, dia akan menangis dan teriak bila masuk pool... sekarang nie, dia yang excited dan nak terjun masuk swimming pool...

Memang jauh berbeza lerr... nie, dok ingat nak hantar Arfan gi swimming class lerr pulak... atau, cik abang kita nie masih kecil...?? 


Pagi Ahad... Arfan turun brakfast ~ tak mandi lagi! Sebab nye... dia nak swimming dulu sebelum balik. 
Sempat gak Chu bawak Arfan berjalan kat tepi pantai. Masalah lerr pulak!!! Cik abang kita nie, penggeli orang nye. Dia geli nak pijak pasir pantai tu... boleh menangis dek kerna geli!!!


Sebelum nak swimming, kena breakfast dulu... 
Bukan nye dia makan pon, main aje! Alik-alik, makan lerr hash brown tu beberapa kerat, makan few bits of cereals and watermelon!

Sedang seronok cik abang kita swimming, hujan lerr pulak. Bergegas kami lari naik ke apartment. It doesn't stop there... sambung balik dalam bath tub!


Sempat lagi we all ke Teluk Kemang... Lakukan few activities disana sebelum pulang.... 

Sebelum pulang ke KL... we all round bandar PD dulu. Had our lunch kat KFC and sempat gak beli tudung!

Thanks to BERSIH... we all dapat gi holiday @ PD....
Orang yang paling bahagia... adalah Arfan!! He experience so many new things....

July 4, 2011

4Life Transfer Factor

Kali nie, DayBab nak cerita pasal 4Life transfer factor yang we all dok makan. Actually, Chu yang start makan transfer factor nie. Lepas tu, bila DayBab dah bersalin dan Arfan punya G6PD... Chu galakkan DayBab makan transfer factor nie.

Dok pikir gak... apa lerr transfer factor nie. Masa disuruh makan, kita makan aje lerrrr... Time dalam pantang, couldn't be bothered pon nak check apa itu transfer factor.

Ok lerrrr... nie description nye...

4Life transfer factor products with colostrum provides great immunity boosting ability and has been proven to dramatically increase Natural Killer cells (NK cells) activity by up to 437 percent — those immune cells on the front lines—therefore helping you enjoy optimal health!


Jadi.... transfer factor nie, bukan lerr vitamin. Tapi, sebagai ejen untuk boost kan immune system dalam badan kita. Kalau kat Wikipedia pulak, they describe it as below :


Transfer factors are immune molecules that cause antigen-specific cell-mediated immunity, primarily delayed hypersensitivity and the production of lymphokines, as well as binding to the antigens themselves. They have a molecular weight of approximately 5000 Daltons and are composed entirely of amino acids. Transfer factors were discovered by Henry Sherwood Lawrence.


Transfer factors have been promoted as a treatment for cancermultiple sclerosisamyotrophic lateral sclerosisHIVAlzheimer's disease,autismdiabetesLyme Diseaseinfertilitymuscle weakness, genetic and infectious diseaseherpesEpstein-Barr virushepatitisasthma and chronic fatigue syndrome. It has not been proven effective in the treatment of most of these conditions.
Chewable type... gigit aje!

They have few types of transfer factors products. Yang biasa Chu beli adalah yang chewable and capsule type.

Kalau dulu, DayBab dok telan yang capsule dengan harapan kebaikan transfer factor nie akan juga transfer ke Arfan, sekarang... we all dah feed Arfan with chewable transfer factor. Alhamdulilah, suka dia makan. Mana taknye... perisa citrus!!!
  
Capsule.... kena telan lerrrr...
Sama dengan supplement lain, kita perlu minum banyak2 air lepas makan nie. Minum air banyak-banyak pon memang baik untuk kesihatan...

So, kalau ada yang berminat... boleh pm DayBab untuk keterangan lanjut. 

Terasa jugak lerr yang DayBab memproduce susu yang berkualiti untuk Arfan.... Alhamdulilah. 

July 3, 2011

Botol Susu

Botol susu.... dari lahir hingga sekarang, Arfan tak pernah diajar tuk minum dari botol. Ok lerrr... pernah sekali dua, dia testing minum air kosong dari botol... tapi, tak menjadi. Akhirnye, air tu dia buat main aje.

Sejak lahir, walaupon masa tu susu belum keluar sepenuhnya dan ditambah pulak stress dan tension sebab kena tahan, susu formula yang diberikan kepada Arfan adalah melalui cup. Tak pernah kasi through botol. We all kena tahan kat wad sebab Arfan ada G6PD dan doktor nak buat pemerhatian kalau dia ada demam kuning.

Memang azab dan sengsara nye. Tapi, DayBab dan Arfan harus tabah dan kuatkan semangat. Seriously, masa tu... susu memang tak keluar. Terasa tension sangat-sangat. Nasib baik, Arfan anak yang bijak. Dia stimulate kan jugak.

Alhamdulilah, once balik dan diurut... production semakin baik. Sejak tu, Arfan di breastfeed kan sepenuhnye secara exclusive. Kalau bab nak menyusukan nie, DayBab percaya... keihklasan dan niat sangat penting. Kena betul-betul determine nak breastfeeding nie.

Mengenai botol susu nie... DayBab pon tak pernah beli. Kalau tanya, DayBab pon tak reti. Mintak maaf yea....
Tapi, waktu check-up atau bila ada appointment kat clinic, nurses selalu tak kasi budak-budak nie dok gonggong botol susu. Memang tak elok untuk gigi. Pulak tu, kekadang mak-mak biarkan anak-anak tido sambil isap susu melalui botol. Tu pon tak elok... kerna akan merosakkan gigi.

Selain dari direct breastfeeding, Arfan diajar untuk minum from his cup atau water bottle. Alhamdulilah, Arfan dah boleh menyedut air melalui straw. Senang keje...

Mungkin, bagi ibu-ibu yang bekerja.. mereka tak dapat mengelak dari memberi susu melalui botol. Tapi, until certain age... penggunaan botol harus dihentikan...

Arfan is very lucky... he has the privileged to be breastfeed exclusively.