January 27, 2011

Ibu terlupa....

Beberapa minggu yang lepas, DayBab dok ke hulu dan ke hilir mencari bahan untuk diletakkan dalam hamper Chinese New Year. Antara yang DayBab dah capai adalah kekacang... ada 1 paket kacang botak and 1 paket kacang parang.

DayBab sebenarnye, suka sangat makan kacang parang nie. Sungguh lemak and enak sekali. Dok ingat, nak bukak sambil mengunyah bila tengok tv.... Tetiba, baru teringat yang DayBab tak boleh nak makan.

Inilah bentuk nye kacang parang....

Kenapa tak boleh nak makan kacang parang????


Sebab nye, DayBab masih menyusukan Arfan. He is exclusively breastfeed. Kalau DayBab makan kacang nie, pasti Arfan akan termakan saki baki kacang parang nie. Arfan tak boleh makan kacang parang....


Kenapa????!!!


Arfan ada G6PD. Apa itu G6PD???... G6PD adalah akronim bagi ‘Glucose-6-Phospatedehydrogenase’. Ia merupakan penyakit keturunan di mana seseorang itu mengalami kekurangan enzim yang dipanggil glucose 6 phospatedehydrogenase,yang mana enzim ini biasa didapati dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini menyebabkan sel darah merah tidak dapat berfungsi dengan baik apabila terdedah kepada jangkitan,ubatan tertentu ataupun makanan. Kekurangan G6PD bukan satu kecacatan atau penyakit sebaliknya adalah satu fenomena keturunan di mana bayi lelaki / kanak-kanak cenderung mengalaminya berbanding orang dewasa. Pada dasarnya ia tidak merbahaya. 


Komplikasi hanya berlaku jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses hemolisis dalam darah. Sel darah merah penderita defisiensi G6PD biasanya amat sensitif terhadap zat oksida dan mengalami penguraian. Kekurangan enzim G6PD yang terdapat dalam kalangan 2% bayi terutamanya bayi lelaki membawa kepada hemolisis. Bayi akan kelihatan kuning dan perlu menerima rawatan fototerapi untuk mengelakkan kerosakan otak akibat tahap bahan kimia bilirumin yang terlalu tinggi kadarnya dalam darah. Penderita G6PD akan berdepan komplikasi tertentu jika tersalah makan. Makanan yang disebut sebagai ‘makanan pembunuh’ ialah kacang parang.


MENGAPA KACANG PARANG????


Kacang parang atau nama botaninya ‘Vicia faba’merupakan sejenis tumbuhan legum yang cukup digemari ramai. Ia satu-satunya makanan yang dikaitkan dengan fenomena G6PD serta cenderung menjadikan penderita menghadapi masalah lebih serius jika memakan kacang tersebut atau terhidu debunganya. 


Kacang parang mentah atau dimasak memberi kesan alergi kepada sesetengah penderita G6PD. Apabila penderita makan kacang tersebut, berlaku satu proses anemia hemolisis,dimana fungsi sel darah merah akan terganggu & saluran darah akan tersekat.Proses ini boleh terjadi dalam tempoh secepat 24 jam. Penderita akan berasa kurang selesa dan kadangkala koma! Terdapat juga kes terpencil yang mengakibatkan kematian.



  • APAKAH YANG TERKANDUNG DI DALAM KACANG PARANG SEHINGGA IA DIKENALI SEBAGAI MAKANAN ‘PEMBUNUH’ ?




  • Keseluruhan bahagian tumbuhan ini mengandungi sejenis bahan kimia dikenali sebagai ‘levedopa’.Levedopa menyekat kuantiti oksigen daripada menyerap masuk ke dalam sel darah merah.

    Kuantiti levedopa dalam kacang parang berbeza bergantung kepada beberapa faktor seperti lokasi tumbuh,kandungan tanah di lokasi ia tumbuh,jumlah hujan yang turun pada satu tempoh.

    Kacang parang muda lebih tinggi kandungan levedopanya berbanding kacang parang matang. Kira-kira 84gm /setengah cawan kacang parang segar mengandungi lebih kurang 50mg hingga 100mg levedopa. Paling menarik,sarung kekacangnya mencatat kandungan tertinggi levedopa berbanding bahagian lainnya.



    SIMPTOM-SIMPTOM G6PD
    Akibat kegagalan kemasukan oksigen ke seluruh anggota tubuh secara efektif,maka akan berlaku gejala -gejala berikut:
    Sakit atau pening kepala

    Kesukaran bernafas

    Degupan jantung yang kencang

    Nadi berdenyut pantas

    Kenaikan suhu badan mendadak

    Kulit & membran mukus menjadi kekuningan

    Pernafasan menjadi lebih pantas

    Kesihatan mulai merosot,badan menjadi lemah

    Air kencing bertukar menjadi kuning gelap


    Kesimpulan nye, jangan sampai terlupa lagi.... Kacang parang tak boleh ada kat dalam rumah!!!!



    p/s: sumber dari sini

    Cerita nye begini.....


    Sejak dua menjak nie, memang bersilat lerr kalau nak tidurkan Arfan. Kalau biasa nye, by 9:30 pm dia dah tido... sekarang nie, dia boleh drag sampai kul 11:30 pm. Kalau tak pon, hampir midnight baru nak tido. Sabar aje lerrr...

    Dah makin besar, makin banyak lerr akal nye dia....

    Cerita nie berlaku 2 malam yang sudah... waktu nie, tengah nak tidur kan Arfan sambil menyusukan dia. Sambil menyusu, ibu berselawat sambil usap umbun-umbun kepala Arfan.

    Tetiba, dia cabut puting... dan angkat tangan ( macam tengah berdoa!!! ). Masa tu, ibu dok tersenyum-senyum melihatkan kerenah Arfan...

    Semoga anak ibu menjadi anak yang soleh.... insya-Allah.

    January 26, 2011

    Langkawi Trip... Part 3

    Nie cerita Langkawi lagi... tak habis-habis lagi... macam cerita seribu satu hikayat lerr pulak..

    Sambungan kali nie, masih lagi berkisar masa gi Oriental Village yang ada Cable Car @ Gunung Mat Cincang... boleh klik kat sini tuk keterangan lanjut pasal tempat nie...

    Tempat nie sungguh luas dan punya pelbagai aktiviti untuk kita terokai...


    Ni... cik abang kita tengah tengok rusa... and rusa tengok dia... Sungguh berani!! Kalau nak feed rusa pon boleh. Kena bayar RM1, dapat lerr sepeket makanan rusa. Pastu, boleh lerr feed rusa-rusa tu!


    Nie masa kat first stop... we all turun ambik gambar. Masa nie, cik abang kita tengah tahan ngantuk... dan dok menahan, sempat gak dia tersenyum masa nak ambik gambar.


    Sempat gak ambik gambar ngan Maksu and Tok Mama... i really love the view and background picture.


    Nie pulak point yang paling tinggi... 705M above sea level. Masa sampai kat atas nie, cik abang kita dah tido. Dok berdukung lerr... sempat gak dia menyusu kat atas nie... Tak lama lepas tu, hujan turun.
    We had to go down... kalau hujan lebat... cable car tak gerak. Tak pasal pulak kita terkandas kat atas nie pulak...

    *bersambung lagi.....

    Mengemas Baju....


    Nie al-kisah cerita cik Arfan kita yang suka mengemas... pantang sungguh dia nampak baju bertimbun... pasti dia akan punggah!! atau tak pon... kalau nampak baju dah cantik berlipat dan bersusun..

    Sabar aje lerrr... dah semakin bijak dan pandai anak teruna sorang nie... tak boleh kena tegur.. pasti dia meradang!! ikut perangai sapa lerr nie...

    January 24, 2011

    Susu Ibu dan Anda...

    Islam menjadikan susu ibu sebagai satu pendidikan awal bagi kanak-kanak. Semasa menyusu, kita boleh mengusap rambut anak-anak kita sambil membacakan:
    • Dua kalimah shahadah
    • Selawat ke atas Rasulullah SAW
    • Al-Fatihah
    • Ayat Kursi
    • Al-Inshirah
    Bacaan-bacaan ini dibacakan pada anak-anak bertujuan menghalau gangguan syaitan dan melapangkan hati serta fikiran anak-anak. Dengan berkat susu ibu, kita boleh mengelakkan masalah keruntuhan akhlak anak-anak apabila mereka dewasa kelak. Ini kerana pemberian susu ibu dapat memberikanmakanan jasmani dan rohani kepada anak- anak.
    Allah S.WT telah menjadi­kan amalan penyusuan selepas kelahiran bayisebagai satu kewajipan yang tidak harus diabaikan oleh setiap ibu. Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 233:




    Alhamdulillah, DayBab telah diizinkan Allah menerima susu ibu daripada Mama selama hampir 8 bulan. Terima kasih Mama!

    Alhamdulillah, DayBab juga diizinkan Allah untuk menyusu Arfan, dan insya-Allah akan meneruskan proses penyusuan susu ibu sehingga Arfan berusia 2 tahun.

    “Breastfed baby will breastfeed their baby”


    January 23, 2011

    Doa dan zikir memperbanyakkan susu ibu...



    Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.

    - Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.
    - Baca doa untuk ibu-ibu- “Ya ALLAH…permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan…AMIN…”
    - Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.

    - Baca surah albaqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun…InsyaAllah

    January 22, 2011

    Menyusu badan membuat bayi lebih pintar????


    Memberi susu badan boleh menyebabkan kanak-kanak lebih cerdik, menurut penyelidikan terbesar penyusuan badan. Walaupun sudah terdapat beberapa kajian sebelumnya yang mengaitkan susu ibu dan IQ tetapi ia diterima secara ragu-ragu kerana perbandingan dibuat diantara ibu yang memilih untuk menyusu badan dan tidak, dan ia lebih bergantung kepada faktor sosial dan intelektual ibu dan bukan dari kebaikkan susu badan itu sendiri.

    Sekarang, faktor tersebut sudah dapat disangkal dalam penyelidikan saintifik terbesar pernah dilakukan dengan menunjukkan, menyusu badan meninggikan IQ kanak-kanak.

    “Penyelidikan kami menunjukkan bukti yang kuat yang menyusu badan secara ekslusif dan dalam jangka masa yang lama (sekurang-kurangnya 6 bulan) mampu membuatkan kanak menjadi lebih bijak’ kata Prof Michael Kramer dari Universiti McGill, penyelidik utama yang percaya penemuan ini akan meninggikan usaha untuk mengalakkan, melindungi dan menyokong penyusuan badan.

    Kajian awal dikritik kerana cara ia dibuat tetapi untuk membuat penyelidikan secara saintifik yang hanya boleh diterima pakai iaitu kajian secara terkawal dan rawak dikatakan tidak beretika kerana ia bermakna separuh dari bayi tidak berpeluang untuk menyusu badan.

    Untuk mengatasi masalah ini, Prof Kramer dan rakan-rakannya pergi ke Republic of Belaurus dimana mereke mengkaji apa yang berlaku kepada ibu yang menyusukan badan yang di pilih secara rawak dengan mengalakkan mereka menyusu badan secara eklusif dan lebih lama.

    Dalam majalah Archives of General Psychiatry, Prof Kramer menunjukkan keputusan setelah mengkaji 14,000 kanak-kanak selama 6.5 tahun.

    Ini memberi peluang kepada penyelidik untuk membuat ukuran kesan menyusu badan keatas perkembangan kognitif (otak) tanpa diberat sebelah oleh perbezaan dari segi kebijaksaan ibu.

    Kajian yang di biayai oleh Institutes of Health Research menunjukan yang jumlah bayi berusia 3 bulan yang di berikan susu ibu secara eksklusif adalah 7 kali lebih tinggi dari kumpulan control dimana galakan tidak diberikan.

    Prof K membuat evaluasi ini pada 31 buah hospital dan klinik di Belarusian.

    Keupayaan kognitif kanak di analisa dengan ujian IQ yang di kendalikan oleh doktor dan guru berdasarkan pencapaian akademik dari segi pembacaan, penulisan, matematik dan subjek yang lain.

    Pada usia 6.5, kanak-kanak dari susuan ibu memperolehi secara purata 7.5 point lebih tinggi dalam intelek verbal dan 2.9 point lebih tinggi dalam ujian bukan intelek verbal. Guru-guru juga mendapati kanak-kanak ini mencapai kecemerlangan akademik lebih signifikan dari segi pembacaan dan penulisan.

    “Kesan penyusuan badan terhadap perkembangan dan kecerdasan otak sudah lama popular dan menjadi topik hangat. Sementara kebanyakkan kajian awal lebih kepada kaitan sampingan, kajian kami adalah lebih random dan berupaya membuat kesimpulan diantara penyusuan dan intelektual disebabkan oleh susu ibu”, kata penyelidik itu.

    “Walaubagaimanapun, ia masih tidak dapat menerangkan dengan jelas samada kebaikan menyusu badan disebabkan oleh kandungan susu atau berkait dengan fizikal dan interaksi sosial semasa menyusu”, kata penyelidik itu lagi.

    Long-chain fatty acids utama dan kompaun yang dikenali sebagai insulin-like growth factor I, yang didapati didalam susu ibu mungkin bertanggung jawap terhadap perbezaan ini. Kemungkinan lain pula ialah komponen fizikal dan emosi semasa menyusu yang menjurus kepada perubahan kekal pada perkembangan otak. Menyusu badan juga meninggikan interaksi diantara ibu dan anak, dimana ini juga mungkin memberikan kesan positif terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak.
    Sumber : http://portal.alamhamil.com

    January 21, 2011

    Happy Birthday Maksu...

    Happy Birthday Maksu.... 
    Hehehehehehe.. n3 nie terlambat beberapa minggu. Gambar dah lama upload, tapi.. entah kenapa, DayBab terlupa nak post n3 nie...

    Tahun nie, last Maksu celebrate birthday sebagai isteri. Tahun depan, celebrate sebagai isteri + mother. We had birthday dinner @ Hj. Sharin Low Grand Restaurant kat Jalan Ampang.

    Ordered scrumptious lauk pauk and makan sampai kenyang... Alhamdulilah. Then, acara potong kek.... DayBab baked Blueberry Cheesecake for Mak Buyung! 

    Happy Birthday!!!!

    Kajian Dapati Susu Badan Bermanfaat


    petikan daripada Utusan Malaysia, m/s 19, Rabu 7 April 2010.


    CHICAGO 6 April - Nyawa lebih 900 bayi mampu diselamatkan setiap tahun termasuk berbilion-bilian dolar, sekiranya 90 peratus wanita AS menyusukan anak mereka untuk tempoh enam bulan pertama, demikian menurut analisis kos.

    Keputusan mengejutkan itu yang disiarkan di Internet dalam jurnal Pediatrik semalam, bagaimanapun hanya merupakan satu jangkaan.

    Namun, beberapa pakar yang meneliti analisis itu menyatakan bahawa kaedah dan hasil keputusan itu boleh diterima pakai.

    "Sistem penjagaan kesihatan perlu sedar bahawa menyusukan bayi mampu mewujudkan satu perubahan besar," menurut Dr. Ruth Lawrence, yang mengetuai bahagian penyusuan bayi di Akademi Pediatrik Amerika.

    Kajian itu menyatakan bahawa penyusuan bayi boleh membantu menghalang beratus kes kematian dan pelbagai masalah kesihatan lain yang menelan belanja besar setiap tahun.

    Ini termasuk jangkitan virus di perut, jangkitan telinga, asma, kencing manis peringkat kanak-kanak, Sindrom Kematian Mengejut Bayi serta leukemia. 

    Manfaat kesihatan yagn diperolehi daripada penyusuan bayi dilihat kurang dihargai, menurut Dr. Melissa Bartick, pakar perubatan dewasa dan pensyarah di Sekolah Perubatan Harvard.

    Sesetengah pihak menganggap penyusuan bayi sebagai satu pilihan gaya hidup, namun Batrick menyatakan bahawa ia adalah sebagai satu isu kesihatan awam.

    Antara manfaatnya ialah susu badan mengandungi antibodi yang membantu bayi melawan jangkitan.
    Malah, ia juga boleh meningkatkan paras insulin di dalam darah, yang mana bayi yang diberi susu bada kurang terdedah kepada penyakit kencin manis dan obesiti.-AP


    p/s: DayBab bersyukur kerna hingga sekarang masih lagi menenuskan penyusuan susu ibu dan Arfan membesar dengan jaya nye!!! yahoooo.....


    January 19, 2011

    Dah 11 Bulan....


    Pajam kelip.. pejam kelip... Arfan dah 11 bulan. Terasa macam baru semalam DayBab mengandungkan Arfan. Macam baru kelmarin aje DayBab melahirkan bayi comel nie ke dunia... Macam semalam, DayBab melalui proses berpantang...

    Ya Allah... cepat sungguh masa berjalan. Bayi comel ku telah membesar... Dari tapak kaki sebesar 2 jari ku... kini, tapak kaki itu sudah bisa menjejak dan berjalan dengan gopoh nye.

    Banyak sungguh perkembangan Arfan. Gigi dah semakin banyak... dah boleh berjalan.. walau kekadang, dia tak berapa confident dan berjalan dengan gopoh nye... dah mula buat bising.. macam nak bercakap... yang paling best.. ada bunyi-bunyi seperti menyebut.. "Ibu...!!!"

    Sayang ku... semoga membesar menjadi anak yang soleh... dengar kata Ibu dan Daddy.. rajin2 belajar dan menjadi anak yang berjaya didunia dan diakhirat... Insya-Allah.

    January 10, 2011

    Langkawi Trip... Part 2..

    iNi sambungan cerita Langkawi Trip.. Part 2. 


    We all nak ferry tuk ke Pulau Langkawi pada jam 8 pagi... Sampai sana, dalamkul 9 lebih.. nak dekat pukul 10 jugak lerrr. Waduh, DayBab nie mabuk laut jugak lerrr. 

    Naik ferry dengan Arfan. Time nie, dia dok aktif lerr pulak. Tak reti nak duduk diam. Sabar aje lerrr... Nasib baik ramai yang nak melayan dia. Siap dok pandang-pandang pemandangan luar. Tak mabuk ke Arfan nie..???

    Sampai aje jetty... dia beol. Waduh... payah nie. DayBab paling lemah kalau nak cuci Arfan kalau kat public toilet. Susah dan leceh. Nasib baik ada Mama tuk tolong-tolong pegangkan Arfan.... 


    We rented a car... tapi, tak leh nak masuk apartment lagi sebab check-in time adalah pukul 2pm. So, we had our lunch first and jalan-jalan jap. Nie Arfan dok main kat mini PetroSains... Suka dia duduk kat himpunan bola-bola tu....


    We went to Oriental Village on Friday sebab nak naik Cable Car. At first, DayBab ingat.. tak yah lerr naik. DayBab dah pernah naik... tapi, kasihan lak kat Arfan. 
    Finally, DayBab decided tuk bawak Arfan naik Cable Car samapai ke atas.... and am glad that i made the decision.


    Ibu and Arfan sebelum nak beratur tuk naik cable car....


    Arfan sungguh berani... Alhamdulilah, tak gayat pon. Kenapa muka dia seposen macam nie..??? Sebab nye... dia time nie sungguh mengantuk and sangat penat. Tak mahu tido and sangat tahan mata nye dia....

    akan bersambung.....

    January 7, 2011

    Ben 10 Theme Party...

    My friend ordered Carrot Cake with Ben10 edible image and also chocolate cupcakes for her son's 3rd Birthday Party. The party was held at Shah Alam's padang near the mosque.

    Zalia invited Abg Gendy, Arfan and myself to the party. Wow... best nye..!! Ibu yang terlebih excited sebab dapat jumpa member sekolah.... hehehehehehe. Bila cakap kat daddy, he is not as excited as i am. Lagi tak mahu pergi ada lerrr... sabar aje lerrr. Lepas puas memujuk... dia boleh kata.. "ok lerrr... sejam aje tau..!!!"

    Mak ooiiiiii.... siap kasi timing tu..!!! sabar aje lerrr...

    Party start kul 4 petang. Siap pasang khemah and bentang tikar... memang sungguh santai..!! Arfan had great time. Main kejar-kejar ngan abang-abang... and siap nak cabut rumput.

    As for myself, i really had fun. Dapat jumpa member lama.... Alhamdulilah juga.. depa suka dengan kek yang DayBab buat...

    Happy 3rd Birthday Aqil Rayyan..!! semoga menjadi anak yang soleh dan membahagiakan kedua ibu dan bapa mu... Amin.

    January 3, 2011

    Caught In Action....


    Daddy kantoiii...!!!!!

    Mintak tolong jagakan Arfan sementara ibu baking and decorate cake... dia boleh tido!! Nasib baik Arfan pandai bawak diri....