June 27, 2011

Al-kisah Nye...

Pada suatu petang, sedang ibu busy untuk menyiapkan kek tempahan... Arfan telah bermain didapur. Tup.. tup... tepung gandum yang ada atas counter top telah berjaya dicapai nye.

Habis bertaburan tepung tu dilantai. Nasib baik lerr tepung tu tinggal sikit aje. Kalau penuh satu kampit... mahu meraung ibu. Tepung dah lerr naik harga...

Bukan apa... masa dia dok godek-godek kat dapur tu, ibu ada kat belakang tuk ambik loyang kek. Tetiba nampak Arfan ke belakang... kaki penuh ngan tepung. Bila Tok Mama masuk dapur, tepuk dahi dia....


Ini lerr Crime Scene nye... siap ada kesan tapak kaki nye dia pon. Masa ibu nampak tepung bertaburan tu, nak marah pon tak boleh. Its my fault jugak sebab tak perhatikan Arfan. So, ibu cuba psycho kat Arfan.

Instead of ibu marah kat dia... ibu menagis dan meratapi tepung yang dah tumpah tu. Nie kira nangis yang kaw-kaw punya tau... siap berdrama lagi.

Bila Arfan tengok ibu menagis dan sedih sebegitu rupa, dia pon menagis....


Siap Arfan datang dan cium ibu.... nak mintak maaf lerr tu. 

I guess, dah minat dia. Suka tengok dan mahu membantu ibu didapur. Semoga Arfan menjadi anak yang rajin ke dapur dan membantu ibu. 

Arfan jadi sous chef ibu lerrr yea, sayang!!!

0 comments: